LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA
PERIBAHASA
A. Membina ayat daripada peribahasa
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi
Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup
melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.
i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)
C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi
Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.
i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan 1:
1. bagaikan kera mendapat bunga (Tidak tahu menilai barang berharga)
= Tini bagaikan kera mendapat bunga kerana langsung tidak menghargai pemberian ayahnya yang
bernilai jutaan ringgit itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
(disebabkan seorang berbuat keburukan, satu kumpulan menjadi buruk)
= Sikap Abu yang berkelakuan buruk itu telah memburukkan nama sekolah kita kerana lembu
seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada (mengharapkan sesuatu yang belum pasti)
= Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan
lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah (cuba menegakkan sesuatu yang salah/tidak benar)
= Janganlah kamu bagai menegakkan benang yang basah kerana semua rakan kita sudah tahu
bahawa perkara itu tidak benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk (dalam keadaan merbahaya)
= Nyawa Aqif bagaikan telur dihujung tanduk apabila dia berusaha untuk membebaskan anak
burung yang bergelut pada wayar diatas bangunan tinggi itu.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
(orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya)
= Walaupun pandai, James tetap merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk (mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba)
= Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu bagaikan tikus jatuh di
kepuk.
8. matinya semut kerana gula (mendapat kesusahan kerana tamaknya sesuatu harta benda)
= Oleh kerana terlalu tamak akan kuasa dan harta, Johan akhirnya hidup melarat kerana matinya
semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
(pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula)
= Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput (kasih sayang yang tidak berkekalan)
= Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput kerana tidak berkekalan.
Latihan 2:
1. seperti mendukung biawak hidup (membuat pekerjaan yang sukar dan merbahaya)
= Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu seperti mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga (menerima nasib malang berterusan)
= Hidupnya bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas dia kehilangan anaknya, isteri dia pula
meninggalkannya.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
(mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri)
= Sikap Wadi membiayai pembelajaran gadis itu bagai kera dihutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan kerana keluarganya sedang hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak (dalam keadaan serba salah)
= Sam tidak tahu hendak mengikut emak atau ayahnya setelah mereka bercerai kerana ditelan mati
emak, dibuang mati bapak.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
(berbuat baik kerana sesuatu yang tersembunyi)
= Saya tahu sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit, kalau tidak berada-ada, masakan
tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang (orang yang tamak akan rugi)
= Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri akan rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
(telah tahu apabila melihat luarannya sahaja)
= Saya tahu niat kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang (bekerja bersungguh sehingga mendapat hasil)
= Alyaa belajar bersungguh-sungguh hingga dia dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana
genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi (membuat kerja dengan sia-sia)
= Afiq bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia mengemop kembali lantai yang baru dimop oleh
pekerja.
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
(kesalahan orang lain nampak, kesalahan kita tak nampak)
= Azalea bagai kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak kerana dia asyik
menimbulkan isu rakannya mencuri barangnya.
Latihan 3:
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi (dimana ada punca rezeki, disitu orang berkumpul)
= Di tempat menjual loteri itu bagaikan lalat mengharung najis/tahi kerana terlalu ramai orang
berkumpul.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan (pembangunan yang tumbuh selepas hujan)
= Sejak Putrajaya maju, bandar disekelilingnya menjadi maju seperti cendawan tumbuh
selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain (usaha gigih berterusan)
= Aliff menabung duit 10 sen setiap hari untuk kegunaanya pada masa hadapan seperti sehari
sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa (mempunyai wajah yang serupa)
= Mursyid dan Faqihah seperti pelanduk dua serupa kerana mereka berdua mempunyai wajah yang
serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya (mendidik anak biarlah semasa mereka masih kecil)
= Ibubapa perlu mendidik anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu (barisan yang bengkang-bengkok)
= Barisan kelas kami seperti ular kena palu pada perhimpunan pagi tadi.
7. mati semut kerana gula
(rujuk soalan diatas)
8. bagai mendapat durian runtuh (mendapat keuntungan dengan banyak)
= Pada minggu lepas, Nazri bagai mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkannya
sebuah kereta.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
(dua orang yang rapat tetapi mempunyai cita-cita yang lain)
= Nyak dan Afiqah memang rapat tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama
tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
(mendengar keuntungan yang belum pasti)
= Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila dia mendengar
keuntungan yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan yang baru, Ah Cun berhenti
di kerja lama.
Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai
oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
= kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah
berbaik-baik semula seperti sediakala.
= air yang dicincang tidak akan putus.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik
Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
= Bagai mencurah air ke daun keladi.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru
yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.
= Jangan menilai buku dengan luarannya sahaja.
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah,
namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
= matinya semut kerana gula.
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar
kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
= Kerana lembu seekor dilumut, semua terpalit.
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-
sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
= Genggam bara api biar sampai menjadi arang.
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam
pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
= Bagai mendukung biawak hidup.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di
kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
= mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok
sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
= Bagai kaca terhempas ke batu.
Comments
Post a Comment