JURNAL CUTI TAHUN BARU CINA
Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim,
Aku
Setiap pagi aku bangun dalam keadaan yang sama iaitu terlentang dengan kepala di hujung katil.
Aku dikejutkan oleh adikku,(Ceh, adik bangun lagi awal), Nana. Dia memberitahuku agar aku segera mandi dan bersiap untuk bersarapan bersama bapaku. Kami sekeluarga menjalankan rutin harian diwaktu cuti sama seperti tahun lepas.
Beli kuaci, masukkan dalam bekas, bawa suratkhabar, duduk depan tv, makan kuaci sambil tengok "movie". Aku berada diatas sofa hitam yang bergoyang itu dalam keadaan teramat selesa. Aku mendapati bahawa adik-beradikku serta ibubapaku tidur nyenyak dekat senja. Ku dapati, tv masih terbuka lalu aku menutupnya.
Entahlah, aku pun tak tahu apa yang diceritakan. Satu hari, aku mengajak ibubapaku pergi ke Alamanda, Putrajaya. Aku mengajak mereka ke kedai jam. (ajak beli jam sebab saya tkde jam lagi). Kami ke gerai "Ice Watch". Aku memberitahu mereka akan hajatku yang terkubur dilubuk hati sejak awal percutian lagi.
Pilih punya pilih, aku memilih seutas jam berwarna pink kelabu untukku. Harganya boleh tahan mahal jua. Aku berjanji kepada ibubapaku akan ku jaga jam ini sepenuh hati. Sejak itu, hari-hari seterusnya berada di dalam keadaan gembira. Setiap hari aku bangun pagi, aku tersengih kerana aku mengingatkan bahawa apa yang terjadi pada hari itu merupakan salah satu cerita dongeng (dongeng pulak dia nii) di dalam mimpiku.
Sebelum hari itu tiba, kami pulang ke kampung Melaka, untuk menziarahi Atukku. Aku dan keluarga sampai dirumah tepat pada masa atukku, pulang dari gerai makan. Kami bersalam-salaman sebelum masuk dan kami berehat bersamanya diruang tamu buat seketika waktu. Aku perasan bahawa Ayahku langsung tidak bertegur sapa dengan bapa mertuanya itu.
Lantaklah, aku malas hendak mengambil tahu perihal orang tua. Mungkin bila diggabungkan, boleh jadi drama bersiri agaknya. Kemudian, aku dan adik-beradikku tidur didalam bilik emak. Aku bangun sahaja terdengar nana menjerit, sempit katanya. Iyalah, lima-lima orang berkongsi satu katil kecil. Mana tidaknya,menjeritlah dia.
Itu sahaja yang saya mahu kongsikan disini. Wabilahitaufikwalhidayah wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.
Comments
Post a Comment