JURNAL HARIAN (7/4/2017)

Assalamualaikum,
hai semuaaaaaaaaaaaaaaaa.
 Pagi ini saya bangun awal. Awal daripada azan subuh, sebab bila saya jalan-jalan kat luar pagi-pagi tu.. Surau lelaki/Ds tak bukak lampu lagi. Saya berjalan disekitar koridor untuk menghirup nyamannya udara segar. Namun begitu, ketika saya masuk ke bilik, saya terus terlelap diatas katil hingga pukul 7 pagi.
           Saya mempersiapkan diri untuk ke sekolah pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Saya pelik, kunci bilik saya, dari haritu lagi tak ditemui. Bak kata orang, lost contact. Tapi saya pasti, saya akan jumpanya semula. Dari kelas pertama hingga kelas terakhir pada hari ini berjalan dengan agak lancar. Agak lancar, AGAK TAU AGAK.
          Petang ini saya dan Baiti menghabiskan masa bersama dibilik untuk menyelesaikan beberapa kerja rumah a.k.a assignment yang perlu. Sebelum pukul 6 petang, saya pergi ke bilik Baiti untuk mengajaknya turun bersama. Namun, apakan daya, Baiti tertidur. Saya taknak kejut, takut mengacau. Jadi, saya tetap mengejutnya dan pergi makan bersama Hamiezah, Wardina, Nur Izzati, Maisarah, Baiti, Zhi Yi, Nurin Balqis dan Diana. 
        Makan malam pada petang ini sangatlah menyedapkan. Saya kembali ke bilik dan kemudiannya terus tidur.

Comments