SOALAN PERCUBAAN SPM [P. PINANG]

1. Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat
a. Dapat digunakan semasa kecemasan.
b. Mengamalkan sikap berjimat-cermat.
c. Dapat membantu keluarga ditimpa kesusahan.
d. Dapat membeli apa-apa yang diingini.

Amalan menabung amat digalakkan dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Oleh itu, ibubapa perlu mendidik anak mereka untuk menabung agar masa depan anak mereka terjamin. Pelbagai kebaikan dapat diperolehi jika aktiviti ini diamalkan.
      Antaranya, duit itu dapat digunakan semasa kecemasan dan membantu keluarga yang ditimpa kesusahan. Misalnya, anda menabung 5 ringgit seminggu. Tidak semena-mena pada bulan ke-3, anda memerlukan buku sekolah yang baru dan ibu anda tidak mampu untuk membelinya. Anda boleh menggunakan duit simpanan anda untuk membelinya dan tanpa dijangka anda telah mengurangkan beban ibubapa anda. Malah, ia menunjukkan anda sudah matang dan berkemampuan untuk hidup sendiri.
       Seterusnya, amalan ini secara tidak langsung menjadikan anda seorang yang berjimat-cermat. Ini dapat dilihat tatkala anda sangatlah berkira untuk mengeluarkan duit demi perkara yang tidak penting. Ini juga memainkan peranan yang penting bagi masa depan anda agar anda lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang anda dan anda juga boleh membuat jadual bajet anda sendiri agar pengeluaran duit anda menjadi lebih sistematik.
        Selain itu, dengan menabung, anda dapat membeli apa-apa yang diingini. Misalnya, anda sangat menggemari sebuah kamera yang berkualiti tetapi akibat masalah kewangan anda berazam untuk membelinya suatu hari nanti. Kemudian, anda menabung dan apabila duit anda telah mencukupi anda membelinya. Menabung juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk tidak menggunakan duit simpanan anda.
         Akhirnya, amalan menabung merupakan satu amalan yang amat digalakkan kepada rakyat diseluruh Malaysia. Banyak manfaat yang dapat diperolehi jika kita menabung.

2. Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Usaha2 yang boleh dilakukan oleh ibubapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
a. Memperkenalkan anak kepada cerita-cerita dongeng.
b. Membeli buku-buku cerita kanak2.
c. Membawa anak ke pesta buku atau festival buku.
d. Menyediakan sudut khas untuk membaca dirumah.
e. Memastikan anak menghabiskan buku yang dibeli.

Amalan membaca merupakan suatu amalan yang positif dan banyak manfaat dapat diperolehi jika kita mengamalkannya. Misalnya, dengan membaca kita dapat menambah ilmu dalam kehidupan seharian. Oleh itu, ianya perlu dididik seawal usia yang mungkin dan ibubapa memainkan peranan yang penting untuk menjayakannya kerana ibubapa merupakan orang yang paling dekat dihati kanak-kanak.
        Antara usaha yang boleh dilakukan oleh ibubapa bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan memperkenalkan cerita-cerita dongeng kepada anak. Misalnya, membacakan kisah-kisah menarik dan mempunyai nilai pengjaran seperti Kisah Bawang Merah dan Bawang Putih kepada anak sebelum tidur. Ini akan membuatkan anak tertarik untuk mengetahui tentangnya lebih lanjut dan akan membuatkan mereka menanam minat untuk membaca.
       Seterusnya, ibubapa digalakkan untuk membeli buku cerita kanak-kanak yang berbentuk cerpen, bergambar, mempunyai jalan cerita yang sesuai dan muka depan yang menarik untuk kanak-kanak. Jika langkah pertama berjaya ini boleh dijadikan langkah kedua dalam misi ini. Anak-anak akan mula membaca buku-buku tersebut dan ia akan mendalamkan lagi minat anak untuk teruskan membaca.
        Selain itu, membawa anak ke festival atau pesta buku merupakan satu usaha yang terbaik. Ini kerana anak-anak akan didedahkan kepada pelbagai jenis genre, bahasa, penulis dan penggunaan bahasa. Ini dapat menggembirakan mereka disamping menambah ilmu. Usaha ini seringkali berjaya menjadi tonggak utama untuk misi ini berjaya.
        Di samping itu, jika terlampau banyak buku dirumah ianya akan menyesakkan rumah anda. Oleh itu, ibubapa mestilah menyediakan sudut khas untuk membaca di rumah. Ini kerana, anak-anak akan lebih tertumpu ke bahagian tersebut jika mereka ingin membaca atau membuat kerja rumah. Ini akan memudahkan pergerakan mereka dan membuat mereka lebih tertarik untuk membaca.
         Akhir sekali, ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka menghabiskan buku yang dibeli dalam suatu jangka masa dan menyediakan hadiah bagi setiap buku yang telah habis dibaca dengan membuat kuiz berkenaan cerita tersebut. Ini dapat melihat kesungguhan anak mereka demi mendapatkan hadiah. Usaha ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri anak membaca demi mendapatkan hadiah dan bukan untuk diamalkan.
          Kesimpulannya, ibubapa perlu meletakkan lebih banyak usaha dalam mendidik anak-anak mereka untuk mengamalkan aktiviti membaca kerana membaca dapat memberi banyak manfaat dalam kehidupan seharian.




Comments