JURNAL HARIAN (2/3/2017)

Assalamualaikum,
pada pagi ini, tiada apa-apa yang menarik berlaku dan sekolah berjalan seperti biasa.
Pada sebelah petang pula, saya pergi ke kelas prep dan menghabiskan semua kerja rumah yang ada secepat yang mungkin (tu pun ada yang tak siap lagi). Kemudian, saya balik ke bilik, turun dinner, naik balik dan menyiapkan diri untuk ke prep di kelas 12 fasa 2. Akan tetapi, pada malam ini ada kelas biologi di makmal biologi 2 untuk satu batch. Nasib baik sempat mengambil tempat duduk perihal 44 orang berada dalam satu makmal, mesti sempit kan. 
Selesai kelas, kami beramai-ramai menuju ke Dewan Serbaguna untuk menunaikan solat berjemaah satu permata. 
            Selesai solat, kami menuju ke Dewan Makan untuk minum malam, pada kali ini, minum malam tersangatlah menyeronokkan. The Potatoes (nama satu batch *perempuan Luminescence) sangaat sporting. Dalam satu meja bulat, yang sepatutnya memuatkan paling banyak 10 orang, kami kongsi dengan 16 orang potatoes terdiri daripada semua babuns kecuali cat, seorang datins iaitu Nyak dan Queen terdiri daripada Erein, Farah dan lain-lain. Kami main satu game di mana sekeping wafer akan digigit oleh seseorang dan orang itu perlu memberikannya kepada orang di sebelahnya tanpa menggunakan tangan, dimulakan dengan Maisarah ke Izzati, Izzati ke saya, saya ke balqis dan seterusnya. 
            Setelah itu, kami keluar dan memasuki koop pula untuk membeli aiskrim tercinta. Kemudian, kami melepaskan stress di compound perempuan dan naik ke bilik masing-masing.

Comments