JURNAL HUJUNG MINGGU (4 - 5/3/2017)
SELAMAT HARI JADI HAMIEZAH
Sabtu
Assalamualaikum, pada pagi ini aku bangun lambat, semalam study di bilik kawan. Haha, setinggan. Kemudian, aku mendapat mesej mengatakan bahawa sesiapa yang masuk kawad dikehendaki ke bahagian depan Auditorium, dengan air liur meleleh, aku mempersiapkan diri. Kakiku melangkah dengan cepat dan mendapati masih tiada latihan yang dijalankan. Sekitar 3 minit kemudian, kelihatan level 2 datang. Latihan berjalan seperti biasa, aku dapat menjiwai mereka yang baru bangun. Hahah, sebab aku pun baru bangun. Disini juga terdapat orang yang belum mandi. (Terkejut kot kena datang depan audi cepat-cepat). Aku ketawa kecil melihat rambut serabai mereka. Kemudian, aku pulang ke asrama dan mendapat mesej bahawa malam ini akan diadakan sambutan hari jadi Hamiezah. Aku dan Baiti, bersedia dan selepas menyambutnya, kami berdua berjalan ke blok b dan tidur. Dan menghabiskan saki-baki hari yang ada dengan tidur. Selamat Malam.
Ahad
Assalamualaikum,
pada pagi ini ada latihan kawad sama macam semalam, ramai yang baru bangun tidur. Selesai kawad, aku berlari ke asrama untuk bersiap ke kolam renang kerana aku terlewat ke kelas renang. Kelas renang habis pada pukul 10:30 pagi tapi aku naik ke asrama pada pukul 11:20 pagi. Masuk ke bilik aku mencapai peralatan mandian ke dan terus ke bilik mandi. Masuk sahaja bilik, aku turun ke gazebo untuk membeli sedikit makanan untuk makan dibilik. (Jangan skip lunch, kesian parents kena bayar mahal). Kemudian, aku tidur. Aku bangun pada pukul 4:50 petang. Mendapat mesej, petang ni ada latihan kawad pada pukul 5:30 petang di hadapan Auditorium.Tepat 5:30 pm aku turun ke kompoun menunggu ahli yang lain turun hingga 5:46 pm. Aku sampai di tempat sepatutnya pada pukul 4:50 pm lebih. Latihan kawad seperti biasa dan aku hampir memahiri kaedah yang ditunjukkan. Habis latihan, aku dan Zhi menuju ke Dewan Makan dan menikmati makan malam dengan kesedapan hidangan yang disediakan. Kemudian, aku naik ke bilik dan bersiap untuk prep. Hampir keluar dari asrama, aku mendapat mesej bahawa malam ini ada latihan kawad, maka, aku pun terus menukar baju dan bersedia untuk kedua-dua kemungkinan yang bakal berlaku. Pada pukul 9 malam kami berkumpul di bahagian parking lot di sebelah kafe. Latihan kawad dijalankan hingga pukul 11:20 malam. Kemudian, aku balik ke bilik dan menggosok baju untuk esok. Selamat Malam, aku tidur dahulu.
Comments
Post a Comment