JURNAL HARIAN (1/6/2017)
SELAMAT BERCUTI WARGA PERMATA
Assalamualaikum,
Haihaihahihahihiahihaihaiai,
Harini first day cuti untuk puasa ! Also, first day untuk puasa ! Oya tengah ada dirumah sedang bergembira dan bersambalewa tanpa mempedulikan apa-apa yang jadi pada kerja rumah yang diberikan kepada Oya. Oya walaupun lapar namun tetap setia menunggu makanan yang kakak dan emak serta bibik yang dikasihi untuk dihidangkan lalu dijamah. APA!!! MANA ADA!! Oya cuma tak biasa masak-masak ni kerana bidang yang Oya suka seperti lelaki tetapi Oya tidak ditugaskan untuk belajar memasak walaupun lambat laun Oya kena belajar jugak. [Dalam keadaan terpaksa kann]. Tetapi, mama tetap tak bagi Oya masak kerana sejujurnya Oya masak taklah berapa sedap sangat. Lagi satu, mama tak mahu Oya terkena percikan minyak panas. Api pun hampir sama paras dengan kepala Oya je... Jadi, Oya kena panjat kerusila untuk memasak. Itu sebab dari dulu lagi Oya tidak diberi peluang untuk menceburi bidang masakan. Sebab mak Oya kata sebegitu dulu. Kini, Oya cuma buat kerja-kerja ringan sahaja sambil tangan memegang remot televisyen. Tak sedar. Tertidur sampai buka, lepas makan. Apa lagi, terawih jap. Balik Tido HAHAH
Comments
Post a Comment