JURNAL HARIAN (21/6/2016)

NASYID SENTAP

Assalamualaikum,
Hai semua, anda masih kekal berada di rancangan Oya di blog ini HAHAHAHAHHAHAH.
Seperti yang anda biasa lihat, saya sedang memakai jubah hitam berbelang ungu dipadanlan dengan tudung bewarna maroon yang saya pinjam dari Miejah.

-ALYAA BELAH KANAN-

Pagi ini disinari dengan Majlis Khatam Quran di Auditorium, Pusat PERMATApintar Negara. Oya pergi hantar kerja sp ke bilik baiti 'belah kiri dalam gambar' sebelum ke bilik muzik. Oya bersama dengan ahli SWARA disertai beberapa orang sukarela nak masuk kumpulan nasyid. Berikut merupakan ahi-ahli nasyid seperti yang dikatakan bersama-sama En. Jais.

-NASYID SENTAP-



Selepas berlatih buat beberapa minit, kami semua bergerak ke Audi untuk bersedia. Punggung dilabuhkan diatas tempat duduk, Oya menikmati Majlis tersebut sebaik mungkin. Nice gila part abang level tilawah ramai-ramai. Seronok sangat. Kemudian, giliran kami mempersembahkan nasyid sentap ini. Selesai persembahan kami berehat di tempat masing-masing. Kemudian dapat hadiah hamper besaar 'YEAAY'. Seusainya majlis tersebut, Oya pergi kelas. Habis kelas Oya balik bilik. Kemudian, baru Oya teringat ada kelas lagi esok. Harini rabuu.... Alamak.. Kenapa tak balik hariniii. Maka, Oya tidur pada malam tersebut dengan berlinangan air mata kegembiraan lepas makan makanan dalam hamper pagi ini.

Selamat Malam Fansss

Comments