JURNAL HARIAN (3/3/2017)
Assalamualaikum,
pada pagi ini, aku keluar daripada perkarangan asrama menuju ke Dewan Serbaguna pada pukul 7:50 pagi. Aku terlewat ke perhimpunan pagi namun tidak tertangkap. Aku dan Baiti terus memasuki barisan batch kami dalam keadaan yang senyap dan pantas.
Selesai berhimpun, kami menuju ke kelas yang sepatutnya. Kelas terhenti pada pukul 10:15 pagi dimana kami semua terlewat untu menikmati air yang dihidangkan untuk minum pagi. Babuns pergi dan duduk disatu meja bulat. Kami memenuhi meja itu seramai 8 orang. Selesai minum dan makan hidangan tersebut, kami ke kelas seterusnya.
Kami ke kelas terakhir kami iaitu Muzik di bilik muzik. Dalam hatiku terjerit, "yeay! Muzik, ngan Dato'". Kami masuk dan terlihat kelibat guru yang diidamkan sedang menyiapkan dirinya untuk kelas kami. Kami diarahkan untuk membuat satu lengkungan. Kemudian, Dato' mengeluarkan arahan bahawa kami dibahagikan kepada dua kumpulan terdiri daripada kumpulan lelaki dan perempuan, kemudian, kami perlu membuat satu persembahan dimana kami perlu mencipta lagu sendiri dan tarian sendiri.
Babuns menjerit kegembiraan kerana kami suka menyanyi. Dalam perbincangan, kami berjaya menggabungkan beberapa lagu terdiri daripada lagu :
-> Faded
-> Closer
-> Where are you now
-> Can't stop the feeling
-> Great night
Lagu itu digabung oleh kami semua, dan kemudian kami mempersembahkannya, sempat juga kami merakam video tanpa niat untuk menjadikannya ia sejarah. Kami gembira kerana persembahan itu menjadi. Kemudian, kelas pada pagi itu habis.
Pada petang ini, seperti biasa, saya menghabiskan waktu dengan tidur di atas katil. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini badan saya terasa sakit yang mengigit. Selamat malam semua.
Comments
Post a Comment