JURNAL HARIAN (6/3/2017)

Assalamualaikum,
Pada pagi ini, aku bangun lewat. Entahlah, aku cakap loghat kedah jela, rindu kampung aa..
Pagi ni aku dok mimpi raya kat kampong tu aa penyebabnyo aku lambat bangun, rindu arwah tok. Sob.. sob..
Aku bersiap laa apa lagi, kang lewat pi assembly kang kena maghoh, aku sempat aa jugok pi ambik roti beghapo keping kat dm tu.. Bawok pi Ds.. Makan duduk aa, bedighi oghang pandong dok manis. Membe aku un ambik jugokla, lapaq katanyo.. Aku dari tadi dok pikiq macam manolah dio dok telan semua makane yang diambiknya. 
Kelas dah nak mulo doh, aku pi la kelas first kami iaitu research. Aku dok hadap muka Sir Kz ja, kerja yang aku lupo bawok aku bawok tapi sir dok pandang pun, sedih hang tau dok. Lepas kelas research, kelas pai pulok, aku bergeraklah hak rame-rame dengan kengkawan pi kelas 9 fasa 2 tu hok ustazoh su punyo. On the way nok sampau tu, aku dok tengok ja ustazah ni keluaq dari kelas tu, membe dok cakap ustazah gi rehat sat, penat. Aku pun iya-iya jela.. Dapat tengok jugaklah ado yang duk terngango bilo ustazah dok bincang pasai sembelihan. Aku dok pikiaq nak buat apo last-last keluarqkan buku  nota dok menyalin point yang ustazah kasi.
Bila kelas habis, kami ngan kawan pi minum pagi, makan puding jagung dengan popia pedas tu, pergh meletop seh.. Sedap gila! Lepas minum pagi kami sama-sama pi kelas bm kat makmal bahasa dalam bangunan asasi tu. Laju gila wifi dia sambil kami main kahoot tema peribahasa yang dok ado 53 soalan. Kami dapat tempat ke-3 untuk kedua-dua kahoot yang kitorang dok main. Syok gini. Dapat ilmu tu satu, dapat rapatkan ukhuwah tu satu. Syok gila aku bersyukuq dok dapat klasmet macam depa. Depa pun satu, enjoy ja walau ada yang tak menang. Seronok!
Lepas kelas bm, kami pecah, yang sp pi bilik muzik, yang sv pi makmal seni yang perdagangan pi ikut cikgu pizah. Sp kami dok perah otak untuk persembahan hari anugherah 18 haribulan satgi. Pentomen lah teater musikal la koir la, banyaklah. Tapi kami enjoy ja tengok depa suma frust. Rasa nak gelak pun ado gak. Lepastu kami lunch sama-sama, lepas lunch kami pi bilik tidoq aa.. Ngantok, nak gain balik energy untuk kelas petang satgi kelas french. Bila dah camtu, kami bangun terus pi kelas french,dah habis kami pi teman Nyak print kerja dia then pi hantaq sesama. Pastu, kami sambung tidoq balik kat bilik sebelum pi kawad pukui 5 petang. Tapi, hujan so tak dapat nak kawad dahla.. Pi sambung malam, aku yang dapat info kawad lepas isyak dah pakai jubah nasib baik hati tergerak nak pakai seluaq kat dalam au, kalau tak kawad pakai jubahlaa makannyaa... 
Lepas pi kawad, aku terpilih! Alhamdulillah! Untuk Emerald aku sanggup korbankan apa yang aku sanggup! Pas kawad, ada rollcall sekejap then aku pi beli aiskrim pastu balik bilik buat assignment.
Selamat Malam, aku nak pi tidoq.

Comments