JURNAL HARIAN (2/5/2017)
MSSD BOLA JARING
Assalamualaikum,
HAIHAIHAIHAIHAI,
Pagi ini Oya bangun pukul 7:30 pagi. Bangun-bangun je Oya panik tapi bukan panik biasa, Oya menjerit. Afeena macam marah dia cakap yang hari ini pakai baju uniform dan perhimpunan mula pukul 8 pagi. Oya terkedu, terus Oya duduk eh tak, baring balik. Oya minta maaf dekat Afeena. Oya bangun tak lama kemudian, Oya siap. Sempat perhimpunan. Kemudian, kelas dimulakan dengan subjek matematik 2 masa. Masuk je kelas, semua diam, Cikgu Shamim tengah tidur. Kami takut dia migrain/sakit kepala kerana Cikgu Shamim sering migrain teruk. Kami diberi waktu rehat sementara menunggu ahli kelas lain yang menunggu untuk mengambil tiket bas di Dewan Serbaguna dari Exco Ketam. Pak, Pak, Pak! Ketam kepit kepit!! Kemudian, kami minum pagi di Dewan Makan. Kemudian, prep di kelas sejarah. Kemudian, kelas Bahasa Melayu di Makmal Bahasa Asasipintar. Kelas pada kali ini, Cikgu Mior menyuruh kami menulis sebuah surat rasmi berkenaan isu monyet yang berkeliaran di Kolej PERMATApintar Negara, Ukm. Kami perlu menghantar surat aduan tersebut kepada pengarah kolej. Oya dah tulis dah isi yang patutnya tapi masa Cikgu Mior tengah semak, Oya terdelete semuaa!! ARGH, BAPAK FRUST!. Kemudian, kami bergerak ke kelas bahasa inggeris. Kami dapati bahawa Madam Dee takde, maka, member K3 semua BERSAMBA!! Oyeaa!! Pagi ini, Komari takde, ada Mssd Bola Jaring. Afeena pun turut terlibat. Nama kumpulan mereka ialah Astraia Danaids. Baju mereka kaler pink. OMGOMGOMG. Hahaha, Oya dulu suka pink, masuk sini dulu benci sangat, sekarang, so-so laa... Oya dan babuns yang lain kecuali Baiti dan Mz dan Cat, Cat tak tahu tempat dituju, Baiti dan Mz prep di Perpustakaan. Oya dan yang lain prep di Makmal Komputer Kolej. Tak lama kami masuk, member K1 pula sertai kami. Oya duduk, tiba-tiba Husen datang. Husna husna, okay. Kemudian, Oya ajak dia main boxhead. SERONOK MAIN DENGAN HUSNA!! Sejak kem koko, kentang semua jadi semakin rapat dari biasa. Kemudian, Oya lunch dengan babuns sebab membe K1 turun lambat. Selepas makan, Oya balik bilik, buat kerja. Bagus kan, Oya tengah cuba nak kekalkan momentum kem koko. Sepatutnya, Andy kena kasi pengumuman lagi, baru sebiji dengan kem.. Baru momentum tu kekal lama lagi.. Kemudian, Miejah telefon Oya, Oya tak angkat. Tergerak pula Oya nak connect wifi. Sekali connect, Oya dapat mesej yang kelas biologi diadakan jam 2. Oya read mesej tu jam 2:34 petang. Lalu, Oya berkemas secepat mungkin. Nasib baik Oya dah gosok baju awal-awal. Kemudian, Oya panggil Baiti. Kami ke makmal komputer asasi secepat yang mungkin. Kemudian, Zach beri Oya dan Baiti gula-gula. Sedap. Terima Kasih Zach !! Kau paling boek !! Kemudian, Oya kena tegur sebab search penyakit time kelas. Oya baru nak tekan google, Miss Ing dah tarik tangan Oya. Oya pun tekan-tekan je skrin komputer. Kemudian, Zach datang, dia tekan mouse untuk buka google. Aww Zach, Baiknyaaa!!! Kemudian, Oya baru tulis nama penyakit tu tapi tak search lagi. Sebab Miss Ing tegur Oya. Zach datang lagi, dia berdiri belakang kerusi Oya lepastu dia tekan enter untuk search, kami tengok penyakit tu sewaktu Miss Ing tengah rehat. Kemudian, kami sambung kelas kimia. Selepas kelas, kami minum petang. Oya dan Baiti sorang je batch Lumi yang turun petang tu selain Joyah. Kemudian, Baiti naik bilik. Oya naik lepastu turun balik kerana aspuri blackout. Oya main badminton dengan Mz dan Mai. Selepas main, kami makan malam. Selepas itu, naik bersiap, maghrib, prep kat ds sebab blok blackout. Isyak, supper, tidur kat bilik. Gudnite
Awww :3 hahhahahahahahahhaha nk tgkp gmbr post dalam grup K3 ah
ReplyDelete