Pep eriksaan Percubaan SPM [Kedah]
1. Tulis satu ayat bagi setiap kata dibawah.
- menatang > Pelayan itu datang sambil menatang dulang penuh dengan gelas minuman.
- menjinjing > Adik suka menjinjing beg galasnya.
- mengandar > Pak Abu mengandar bajunya pada sebatang kayu untuk dibawa pulang ke rumahnya.
- menuntun > Tidak ada cara lain, Aqif terpaksa menuntun basikalnya pulang ke rumah kerana tayarnya sudah pancit.
- mengheret > Tentera Jepun itu mengheret mayat ketua kampung sebagai tanda kekuasaan mereka.
- menyorong > Adik menolong tokwan menyorong kereta sorong ke kebun pelam di seberang jalan.
2. Tukarkan dialog dibawah kepada cakap pindah.
Khatijah bertanyakan kepada Yati perihal dia tidak datang ke sekolah kelmarin. Yati menjawab dan berkata bahawa dia mempunyai masalah di rumah. Khatijah bertanya akan masalah yang dihadapinya kerana dia berkata bahawa rakan baik akan sentiasa berkongsi suka dan duka. Yati memberitahu perihal ibunya yang sakit dan sudah seminggu terlantar di hospital. Khatijah mendoakan agar ibu Yati cepat sembuh.
3. Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan imbuhan dan satu kesalahan ejaan. Senaraikannya.
- kuih-muih, kehormat
- menggembeleng, hadkan
- belasungkawa, kehilangan
4. Dalam ayat dibawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikannya.
- oleh,
- baru, di
- dilangsungkan, istana
5. Tulis ayat berdasarkan simpulan bahasa dibawah.
- Nur Izzati menjadi tulang belakang pasukan bola jaring itu.
- Penghulu dan penghuluwati dilihat sangat mengambil berat terhadap ke-368 anak buahnya ketika berada di kem. sri rauhdah.
- Adik sentiasa dapat mencari jalan keluar daripada masalah di sekolahnya.
Comments
Post a Comment