Isi - Isi Surat Rasmi Hal Gangguan Monyet
Isu Kebersihan
- Monyet sering membawa lari atau memijak baju di palang besi di aspuri.- Monyet ada membuang di bilik yang telah dipecah masuk.
- Monyet juga menjatuhkan tong sampah disetiap aras di aspuri.
- Monyet penyebab terciptanya peraturan yang agak pelik.
Isu Gangguan
- Monyet sering melepak dan membuat bising di rumah sampah yang terletak berdekatan dengan aspuri.
- Monyet sering menonjolkan diri di tingkap bilik.
Isu Keselamatan
- Monyet mengejar pelajar aspuri di blok dan mereka yang baru pulang riadah di stadium.
- Monyet juga sudah berani memecah masuk bilik ke bilik untuk mengambil makanan.
- Baru-baru ini juga monyet sudah berkeliaran hingga ke blok pembelajaran dan ke aspura.
Isu Kesihatan
- Info di laman sesawang mengatakan bahawa, salah seekor monyet dikalangan mereka ada yang dijangkiti virus/kuman yang dikhuatiri mudah merebak dengan mudah.
Isu Kecurian
- Monyet akan mengambil segala benda yang dianggap sedap terutamanya makanan. Pernah juga, monyet memakan sabun dan tisu serta wang kertas yang jelas kelihatan kesan gigitan ditinggalkan berdekatan rumah sampah.
- Monyet juga mengambil barang seperti al-quran yang telah dikoyak dan dibuang ke luar tingkap bilik di aspuri.
- Monyet juga mengambil barang seperti al-quran yang telah dikoyak dan dibuang ke luar tingkap bilik di aspuri.
Comments
Post a Comment