Laporan Aktiviti Kem Unit Beruniform dan Kepimpinan
Pada 21 hingga 23 April 2017, kami telah mengadakan sebuah aktiviti Kem Unit Beruniform dan Kepimpinan anjuran panitia kokurikulum di Kem Sri Rauhdah, Gombak. Aktiviti ini telah dihadiri oleh 360 orang pelajar dari Kolej PERMATApintar Negara, Ukm. Aktiviti ini telah dianjurkan dalam jangka 3 hari 2 malam di kem tersebut.
Objektif lawatan ini adalah untuk memupuk jiwa kami yang masih leka untuk terus mempratikkan ciri-ciri seorang pemimpin. Kem ini ditemui tersangatlah mencabar mental dan fizikal kami semua. Kem ini terletak ditengah-tengah hutan dimana suasananya teramatlah sesuai untuk menguji fizikal kami yang sudah terbiasa dengan hotel dan bilik mewah serta wifi.
Sebelum bertolak, kami terlah diberi ucapan ringkas dari penolong pengarah kami yang dikasihi iaitu Prof. Dr Rorlinda. Beliau memberi pesanan ringkas agar kami mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri serta memberitahu kami agar sentiasa menjaga nama dan wajah sekolah kami sepanjang berada disana. Kelihatan diwajah beliau bahawa beliau tersangatlah berat ketika ingin melepaskan kami. Itulah Dr Ror yang dikasihi.
Satu demi satu kumpulan tiba di tapak Kem Sri Rauhdah. Kami semua diberi pengenalan terhadap kem tersebut termasuklah kawasan larangan, peraturan serta adab. Kami juga diperkenalkan kepada Kem Komander dan juga Abang Zaki yang mengetuai taklimat tersebut. Kemudian, kami dilepaskan ke dorm masing-masing. Setiap dorm mempunyai 20 orang.
Tempat pertama yang kami lawati ialah di Hutan Zoom Bamboo Rimba pada 22 April, kira-kira jam 10:05 minit pagi. Ketika itu, kami sedang menjalankan aktiviti ketiga kami iaitu meredah hutan. Hutan yang kami redahi bukan sebarang hutan. Ianya bekas tapak pertandingan silat. Perkara pertama yang kami lakukan ialah meredah sungai. Sungai tersebut sangat jernih airnya hingga ia dapat memutihkan bahagian tapak kasut kami hingga sesuci yang mungkin. Kemudian, kami meredah hutan. Tidak lama kemudian, kami tiba lagi disebatang sungai, dimana kami diberi peluang untuk bermandi-manda disitu.
Setibanya di dataran, kami dilepaskan untuk makan dan berehat seketika kerana telah masuknya waktu zohor. Selepas zohor, kami melakukan aktiviti yang keenam iaitu 'Survival Cooking'. Disini kami belajar untuk memasak lemang dan telur rebus. Ilmu yang kami dapat ialah apabila kami membungkus telur mentah kemudian membakarnya, hasilnya ialah telur yang telah direbus. Selesai membakar lemang, didapati hanya satu kumpulan sahaja yang lemangnya masak. Kumpulan tersebut ialah kumpulan 1.
Pada sebelah malamnya, kami memulakan malam 22 April dengan permainan telur, ayam, naga dan king yang diperkenalkan oleh Abang Zaki. Permainan ini berunsurkan permainan burung, batu, air. Syaratnya ialah kami perlu memulakan permainan ini dengan tangga yang paling bawah iaitu telur. Kemudian, kami perlu berlawan burung, batu, air dengan telur yang lain demi menaik taraf diri ke ayam, kemudian naga dan apabila kita telah menaik taraf ke 'king', kami diarahkan untuk duduk. Barangsiapa yang kalah dalam permainan burung, batu, air dan tidak dapat menaik taraf diri, perlu kekal telur bagi yang memang telur atau sesiapa yang sedang berada di tangga naga/ayam perlu undur kembali satu tangga sebelumnya.
Seterusnya, kami akhiri malam tersebut dengan aktiviti 'Nightwalk'. Aktiviti ini sangatlah terkenal bagi setiap kem kerana hampir kesemua kem mengadakan aktiviti ini. Kami dipecahkan kepada kumpulan yang ahlinya hanya 2 orang bagi yang perempuan dan lelaki perlu berjalan seorang diri. Kami dikacau oleh kakak dan abang fasilitator yang disayangi. Pelbagai karenah kami dapat dilihat oleh abang dan kakak fasilitator. Aktiviti ini teramatlah mencabar mental kerana kami perlu mengatasi ketakutan kami untuk berjalan ditengah-tengah jalan yang gelap gelita.
Sebelum pulang, iaitu pada 23 April 2017. Kami telah diberi ujian yang mencabar kesejatian jiwa kepimpinan kami. Ujian ini menguji sama ada mereka telah berjaya memupuk kami sebagai seorang pemimpin atau tidak. Situasinya ialah apabila kami dimarah teruk oleh Kem Komander dan beliau merajuk mengatakan bahawa kami merupakan sekolah yang paling teruk. Didapati bahawa mereka berjaya apabila kami berjaya membawa pulang Kem Komander yang dirindui. Kemudian, kami akhiri dengan senamrobik.
Walaupun keadaan di Kolej dan di Kem tersebut berbeza. Namun, kami percaya bahawa kami akan mengingati segala tunjuk ajar di kem tersebut serta kami berjanji akan mempratikkan segala-galanya. Tidak lupa juga, kami akan merindui kem tersebut. Harapan kami agar segala ilmu yang diberikan dapat dikekalkan hingga ke hari tua.
Dilaporkan oleh : 1 Mei 2017
ALYAA
...........
(ALYAA NADIA)
Pelajar, Kolej PERMATApintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Comments
Post a Comment