JURNAL HARIAN (4/5/2017)

CIKGU MELIWAR ADA WAKTU PJJ

Assalamualaikum,
HAIHAIHAIHAIHAI RAKAN-RAKAN SEMUAA.
Hari ini saya akan berkongsi resepi bangun awal. Mula niat, tepuk bantal sebelum tidur, basuk kaki sebelum tidur.. Eh tak tak. Tak nampak eh tajuk besar gedabak kat atas. HEHEHE MINTA MAAF CIKGU MIORR. 

Pagi ini Oya bangun pukul 7:03 pagi. Haaa, Oya tengok jam tau. Kemudian, pergi ke kelas seperti biasa. Oya tak bawa raket, dikhuatiri Oya akan sakit belakang waktu pj. Seperti biasa selepas main badminton belakang Oya akan sakit macam kena pijak, cuma dia tak nampak sangat kesakitannya. Uhuhuhuhuhu. Kemudian, waktu pj. Cikgu Meliwar ganti. Dia mengajar kami cara buat senaman ringkas. Cikgu, kami tahu macam mana. Kemudian, dia menyuruh kami membuat lompat bintang. Selamat cikgu suruh perempuan paling tempat lain, lelaki paling tempat lain. Takdelah malu sangat nak melompat depan lelaki. Kemudian, kami diberi kebenaran untuk main badminton. Adui, masa Oya bawa raket, tiada siapa nak main. Masa Oya tak bawa, masa tu jugalah ramai yang nak main. Maka, Oya pun pinjam raket Mz. Kejap je main, sebab nak kasi babuns lain mencuba juga. Kemudian, Oya dan Hamiezah menghabiskan masa 20 minit berbaki di Makmal Komputer Kolej. Oya tengah buat peperiksaan percubaan spm tu manakala Hamiezah sedang print out kerja dia. Kemudian, kami babuns dan lelaki k3 makan semeja. Sweet gila. Kemudian, balik bilik rehat. Lepas rehat, Oya pergi kelas fizik. Dalam perjalanan, Oya terserempak dengan War. Yo war! Dab sikit! *dab*. Kemudian, kami ke kelas fizik bersama, tengah naik tangga Oya dengar ada orang panggil Oya, paling tengok cat.. Cat minta beritahu cikgu yang cat pergi research. Lepas dah babai dan cakap gudluck, kami menuju ke makmal fizik. Betul, cikgu tak sampai, apatah lagi klasmet yang lain. Baiti je ada sebab dia baru habis kaunseling. Kemudian, kami makan muzic chocolate sementara menunggu cikgu dan klasmet lain. Cikgu masuk, kelas pun bermula. Kemudian, kami bergerak ke Auditorium untuk sedikit taklimat berkenaan aktiviti yang kami sertai pada petang ini. Khas untuk Lumi je aktiviti ini. Madam Dee suruh. Kemudian, kami bergerak kemana-mana. Pukul 5 petang kami berkumpul di foyer blok pentadbiran. Malangnya, hujan turun dengan lebat. Aktiviti pada petang itu dibatalkan. Oya, Mz, Baiti dan Mai main badminton petang ni. Lepastu, dalam perjalanan nak makan malam. Kami menyaksikan sebuah pohon yang tumbang kerana angin yang kencang pada petang tadi. Oya terkejut sebab pokok tu besar! Kemudian, kami naik ke bilik selepas makan. Bersiap, maghrib, prep, supper, tidur. Tadaaaaaa!! Bonsoir la copines!

Comments