JURNAL HARIAN (5/5/2017)

BABUNS TENGOK 'MAMA'

Assalamualaikum,
Haihaihai peminat semuaa, ok tak tak.
Pagi ini Oya bangun pukul 7:30 pagi. Oh wow, soo laambat. Hahaha, sempat je siap. Itulah yang lebih kurang macam superpower yang Oya ada. Speedsters. Ecececee, tak pun, Oya pandai bahagikan tugasan, that's all. Kemudian, Oya dan Baiti pergi Dewan Serbaguna masa tu semua dah beratur. Maka, kami pun duduk di belakang. Mun pun berkata "eh, sejak bila duduk diperanti belakang, semoga bahagia!". Hahaha, jarang dapat duduk belakang ni. Untung duduk belakang, dapat rehat banyak. WOHOHOOOO!!! Kemudian, usrah Oya gabung dengan usrah Baiti. Kami baca surah al-Kahfi sebagai pengganti isi pada hari tersebut. Kemudian, kelas biologi cerita pasal nutrition. Lebih kepada cara makanan bergerak dalam perut dan perihal cacing kerawit. Kemudian, kimia kami ulang pasal covalent dan ionic bond. Kemudian, kami minum pagi bersama air milo dan kek pisang dan kuih apa tak ingat. Karipap rasanya. Tapi sumpah ! Eh tak tak, mak cakap main sumpah-sumpah ni tak elok. Tapi serius! Sedap. Kemudian, kelas sejarah di makmal asasi. Kami diberi soalan post test. Cikgu Zaza, kata post test, janganlah bagi klu kat depan kelas, kalau macamtu bukan post test namanya. Kemudian, kelas fizik di makmal seperti biasa. Kami ulang perihal latent heat. Buat pertama kalinya, Oya dapat jawab soalan yang diberi. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit Oya mulai menyukai fizik. Kemudian, muzik di bilik muzik. Kami belajar rentak kompang wiii. Pak pakpak pakpak pak pakpak pakpak bum bumbum bumbum bum bumbum bumbum then ulang balik. Rentak zapin, inang, kahwin dan sebagainya. Kemudian, bila Cikgu Jais keluar. Babuns main-main dengan baju yang ada. Awalnya Oya yang pakai kot dulu, then, Oya ajak Baiti. Then, war ikut, then Mieja ikut. Last-last kami dapat keluarga [boleh buat jadi muka depan novel XD]

[Mak-Pak-Anak]
Indonnn

[Tanggang - Deruma]
Anak Mak 

Lawak gilaa !!! Oya tak boleh la macam niii... Adoiii... Kemudian, kami lunch sama-sama dapat aiskrim milo. Kemudian, kami balik bilik. Lebih kurang pukul 3:10 petang, Oya nak hantar kerja sd. Sambil tu Oya teman Baiti pi kelas Jepun. Kemudian, ada sedikit konflik yang membuatkan Oya banyak ulang alik dari kelas Jepun ke Blok Pensyarah kemudian ke Aspuri. Lepas dah hantar kerja sd. Oya pergi bilik Mz. Oya lepak kejap sementara menunggu Mz siap kerja. Kami pergi ke makmal nak print kerja. Tapi ramai f1 kata kertas dah habis. Kemudian, kami kena tengking dengan Si polan, si polan sebab tak hantar info untuk blog. Tak lama kemudian, makmal tu nak tutup dah. Oya dan Mz pun hantar je mana yang sempat. Hantar punya hantar, tak jadi hantar sebab cikgu dah balik. On the way, Oya dan Mz nampak ketua dgn akak ni tengah angkat makanan masuk kereta cikgu ni. Dahla pakai baju sama, lepastu senyum sesama sendiri. Ya Allah.. Kemudian, Mz beritahu yang ada khabar angin mengatakan bahawa ketua minat akak ni, maka, Oya pun jatuh serpihan demi serpihan. Oya sakit hatila jugak. Sangat sakit. Masa Oya dan Mz melepasi mereka, Oya tak pandang langsung arah tu, Oya pandang depan je. Oya balik bilik. Tak lama lepastu, Mz mesej kat fb kata dia tertinggal dompet. Oya takut jadi Oya suruh dia siap cepat. Oya dan Mz pecut ke blok pensyarah. Nasib baik dompet dia ada lagi. Haish, buat takut je. Kemudian, kami balik bilik. Kemudian, Oya dan Baiti makan malam. Lepas makan, naik, siap, main-main dengan Saffa. Supper dengan Saffa, Baiti dan Mz. Kemudian, pukul 10 malam. Babuns kecuali Cat tengok cerita 'MAMA' dekat bilik war. Sampai pukul 12:45 tengah malam. Oya happy. Oya balik bilik. Tidur. Gudnite pishang kesayangan.

Comments