JURNAL HARIAN (7/4/2017)
KETAM MASAK KICAP
Assalamualaikum,
HAIHAIHAIHAIHAI,
Pada pagi ini Oya bangun awallah jugak. Pukul 7:23 pagi. Oya mandi lepastu bersiap. Lengkap pakai baju ppcs. Oya tabur bedak dekat muka Oya. Nak sejukkan badan di pagi hari. Oya tak mampu nak kekal sejuk sepanjang hari cuti ini.
Hari ini saya nak kongsi resepi ciplak orang luar yang meniru resepi mak saya yang ohsem !!
Bahan-bahan
3 ekor ketam (sila potong 2 kalau ketam tu besar)
2 biji bawang merah besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
3 batang cili padi (sila tambah mengikut kepedasan yang disukai) - hiris
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2sb sos tiram
1sb sos cili
1sk gula
garam secukup rasa (hati-hati sebab sos tiram tu dah masin)
sedikit daun sup (hiris halus)
Cara-cara
Gaul ketam dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng ketam sehingga ketam masak (sekadar masak, tak payah nak garing). Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga layu dan berbau wangi.
Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Gaul rata. Jika suka kuah agak cair dan banyak, sila tambah sedikit air. Tambah gula dan garam secukup rasa. Gaul seketika.
Masukkan ketam, gaul rata.
Masukkan daun sup, kacau sekejap dan tutup api.
Ketam Masak Kicap pedas dah siap.
Comments
Post a Comment