JURNAL MINGGUAN (29/4 - 1/5/2017)

PERMATA BERCUTI

Assalamualaikum,
HAIHAIHAIHAIHAI,
Ye, Oya tengah high. Bangun je hari sabtu [29/4/2017], Oya terus mandi dan bersiap pakai baju sekolah menengah harian biasa. Oya ter'marah' mak Oya katanya Oya dah lewat nak pergi sekolah. Oya kena marah balik dengan bapak Oya katanya Oya sekolah kat ukm bukan kat bsp. Kesian Oya kena marah. Yela, siapa suruh kacau bapak, dahlah bapak baru balik pukul 2 pagi tadi. Kemudian, Oya sarapan dengan keluarga tercinta. Lama tak jumpa mama, ayah, nana, kakak, abang, bibik dan kesayangan Oya, AMIRRR!!! Amir still happy go lucky macam kecik-kecik dulu. Apa yang membuatkan Oya suka Amir ialah kerana keCOMELan dia dan keINNOCENTnya dulu dan sekarang. Amir tahun ni nak UPSR, tapi still main game. Oya biar je la sebab Oya tak nak kacau mood dia cuti-cuti ni. Ada sekali tu Oya marah lepastu terus dia merajuk dengan Oya. Macam Oya balik je nak marah tak nak kasi dia main. Haih, Amir Amir. Nasib baik adik lelaki kalau adik perempuan, eii, dah dicubit dah pipi. Macam Nana, Nana gebu apa? HAHAHAHAHHAAHHAH, Oya bersyukur sebab dalam 5 - 5 orang adik-beradik ni. Oya yang tengah [3]. Sebab apa? Sebab, Oya ada kakak yang garang tapi lawa nak mampus, [haih, bila adik dia nak lawa nih!], abang yang cool macam takde apa jadi, adik lelaki yang lembut tapi diam-diam ubi berisi, [banyak secret yang orang tak tahu pasal Amir] serta adik perempuan yang garang jugak tapi bambam macam PANDA <3 <3. Oya suka peluk nana masa tidur. Tu pun sebab mama suruh dulu. Katanya, kalau Dikya tak peluk Nana, nanti bangun pagi, Oya kat lantai. HAHAHAHAH, Oya percaya tau dulu. Rupa-rupanya, bila Oya tak peluk Nana malam-malam, nanti Nana yang peluk Oya. Pagi esoknya, Oya tanya Nana, kenapa? Dia cakap "Nana takut takde kakciklia, nanti Nana tidur sorang-sorang...". AWWWW, SWEETNYA ADIK AKU NIH !! Kemudian, hari cuti ni Oya banyak menghabiskan masa dengan berjalan. Hari Ahad, 30 April 2017, Oya pergi satu tempat, bawah satu khemah ni, ada macam-macam haiwan. Yang boleh ternaklah, bukan ada rimau sekali. Kemudian, bapak Oya belikan Oya seekor ikan laga dan adik-adik Oya pun dapat seekor. Oya namakannya Laura. Sempena nama, entah, biarlah Oya nak namakan apa, dah Oya punya. Kemudian, hari ini. Ketika Oya pergi ke sebuah kedai haiwan, bersama kakak dan dua orang pengiring Oya, Amir dengan Nana la yang setia. ECECECECE. Mata kakak lebih tertumpu kepada seekor anak kucing kacukan kucing Parsi dan Bengal. Kaler oren keemasan. Comel!! Selepas keluar dari perkarangan kedai tersebut, kakak Oya cerita dekat ayah pasal kucing tu. Ayah Oya suka bab kucing bulu kembang-kembang ni. Maka, kami pun berpatah balik ke kedai tersebut. Sanggup kan ayah Oya? Demi anak kucing, mestilah! Ayah Oya pun beli kucing tu masa tu jugak. Ayah Oya menamakan kucing tersebut, Mei. Sempena kami belinya pada tanggal 1 Mei. Mei comel. Hahahaha, cuba tengok balik, dalam satu minggu, kami dapat 4 ahli keluarga baru. 3 ekor ikan laga iaitu Laura [Oya], Johnson [Amir], Lili [Nana] dan Mei [Kakak]. Awalnya Oya nak bawa balik Laura ke Kolej, tetapi ayah Oya tak kasi. Maka, selepas ini, Oya isyak dan kemudiannya Oya mungkin akan pergi minum malam dan kemudiannya, Oya tidur. Selamat Malam. 

Comments

Post a Comment