JOURNAL 1 (1.2.2017)
Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim,
Aku bangun pagi seperti biasa hari pertama persekolahan di permata. Aku sedikit mamai pada pagi itu kerana sudah lama tidak menjejak kaki ke tandas aspuri. Aku pun menyiapkan diri dan menunggu di tangga aras bawah. Tidak lama kemudian, Baiti sampai.
Aku dan Baiti pun bersama-sama pergi ke Dewan Serbaguna untuk solat subuh berjemaah. Selesai solat subuh, baiti memberitahuku bahawa minggu ini kelas kami yang bertugas akan tetapi ketika itu, tiada seorang pun ahli kelas kami yang tinggal. Baiti mengajakku menyusun kerusi untuk perhimpunan besar bersama. Aku pun pergi mengambil kerusi dan menyusunnya diatas pentas. Baru sebaris kerusi, kulihat Adam Farees bercakap bersama MTP. Aku hairan, namun itu tidak mengganggu perhatianku untuk terus melakukan aktivitiku pada masa itu. Tidak lama selepas itu, Adam Farees datang dan memberitahu kami bahawa hari ini bukan hari isnin, tapi hari rabu, jadi tidak perlu susun kerusi kerana tiada perhimpunan besar yang akan diadakan.
Dengan berat hati, kami menyusun kembali kerusi-kerusi tadi. Keluar sahaja dari dewan itu. Kami melihat persekitaran dan apabila mendapati bahawa tiada sesiapa berdekatan kami memandang satu sama lain. Kemudian tersenyum, dan ketawa sekuat-kuat hati. Kami tersilap rupanya, "hahahahaha, malu je kau ni.""Tula, siapa yang suruh susun kerusi tadi? Kau kan??", kata baiti. Aku menjelingnya dan mencubit bahunya kemudian terus berlari sambil berkata,"Dasar tak sedar diri! Tinggallah engkau dengan Level 2 yang tengah jalan belakang kau tu!", kataku.
Entah kenapa tahun ini kami berdua selalu bersarapan bersama dan tidak seperti tahun lepas. Lambat bangun agaknya. Selesai bersarapan dengan segeranya kami ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi pula. Sesampai sahaja kami di sana, kami terus duduk di bahagian yang kami selalu duduk. Tidak lama selepas itu, aku gelak seorang diri.
Baiti kelihatan muram dan aku ingin menceriakannya dengan gelak ketawa sama seperti komari buat. Tapi dia tak ketawa, makhluk di sebelah aku yang ketawa. Terbahak-bahak pula tu. Dari jauh, sayup kedengaran suara komari dan rakan sekelasku yang lain ketawa. Baru aku sedar yang kami duduk dibahagian budak tingkatan 1. Dekat sangat dengan pembesar suara itu. Aku pun cepat-cepat memberitahu baiti dan terus pergi ke arah rakanku itu.
Selesai sahaja sesi persekolahan pada pagi itu, aku terus masuk ke bilik dan melabuhkan punggungku diatas katil. Aku pun baring. Tak lama selepas itu, aku tidur. Pada petang itu, aku tidur sahaja tanpa mempedulikan apa yang jadi disekelilingku hingga tiba waktu tidur. Selepas ini, aku mahu tidur. Selamat Malam Cikgu Mior.
Comments
Post a Comment