LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.


“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.

“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “ Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata     sahabat karibnya itu

= Salleh bertanyakan kepada Ani tentang rancangannya. Ani berasa pelik akan soalan yang ditanya 

   dan bertanya kembali perihal rancangan itu. Salleh mengingatkan Ani tentang rancangannya untuk 
   pergi mendaki gunung tempoh hari. Ani memberitahu Salleh bahawa rancangan itu akan 
   dibincangkan dalam mesyuarat hari Sabtu depan. Salleh pula menyokong kata-kata Ani sejurus itu 
   Ani tersenyum puas.

Latihan 2:


“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”

“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu. “Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

= Ani tidak mahu ditinggalkan keseorangan. Tuk Yahya memberitahu Ani bahawa di tempat itu terlalu bahaya untuk Ani sambil meneliti mata belolok cucunya itu. Ani memberitahu Tuk Yahya yang dia tidak akan ada peneman. Tuk Yahya hanya mengiyakan sahaja dengan rela. Ani tetap dengan pendiriannya yang da tidak mahu tinggal di rumah kerana takutkan bom dan dirinya yang keseorangan. Tuk Yahya cuba untuk memujuk Ani dan mengingatkannya bahawa Ani masih ada comot dan dirinya.


Latihan 3:


“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.

“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......[ 6 markah ]

= Nizam bertanya kepada Salim akan dirinya yang kelihatan muram. Dengan perasaan yang sayu Salim memberitahu bahawa dia mempunyai masalah apa Cikgu Khairul bertanya kepada dia tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayar. Nizam terkejut kerana setahunya rakannya itu mendapat biasiswa dan mengapa dia tidak menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswa itu telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkan agar Salim pergi berjumpa dengan Cikgu Khairul dan memberitahu perkara yang sebenarnya. Ketakutan membuatkan Salim enggan pergi berjumpa dengan guru itu kerana takut gurunya itu garang.


Latihan 4:


MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?

FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia

= Mawi bertanya kepada felix akan nama mi yang sedap itu. Felix menjawab bahawa mi yang dimakannya itu ialah Mi Pedas. Mawi hairan dan bertanya kembali dengan nada yang pelik akan namanya kembali. Felix berkata namanya ialah Mi Pedas kerana Dolah pernah beritahu nama mi itu ialah Mi Pedas. Dengan nada yang puas Mawi berkata jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedas lalu Feliz mengiyakan kenyataan itu dan memberitahu bahawa niatnya membawa Mawi ke situ kerana dia pernah berjanji hendak belanja Mawi makan.


Latihan 5:


Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit

= Norhayati bertanya kepada Norasyikin perihal dia yang tidak datang ke sekolah kelmarin. Norasyikin meminta maaf dan memberitahu Norhayati bahawa dia mempunyai hal di rumah. Norhayati ingin mengetahui hal itu dan memaksa Norasyikin untuk beritahunya kerana mereka berdua sudah lama berkawan dan berjanji untuk sama-sama menanggung perit hidup masing-masing. Norasyikin memberitahu Norhayati perihal ibunya yang sedang sakit.


Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.


Latihan 1:


Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.


Kamariah : Aziz, Samad, di Malaysia ini memang banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi 

                   bukan?
Samad     : Betul itu, memang banyak pantai-pantai bersih dan hutan semula jadi yang indah di 
                  Malaysia ini.
Aziz        : Tetapi, mengapa kebanyakan rakyat Malaysia selalu melancong ke luar negara seperti
                  Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah : Iyalah kan? Mengapa ya?
Samad     : Saya rasa berlakunya kes sebegini adalah kerana kurangnya promosi untuk menarik
                  pelancong tempatan melancong di dalam negeri. 
Aziz         : Saya setuju dengan pendapat awak, Samad.
Kamariah : Pihak Swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan sepatutnya memberi potongan
                   harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad     : Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri 
                  perlu ditanam dalam diri. Betul tidak, Kamariah?
Kamariah : Betul sangat.

Latihan 2:


Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.


Mak Limah : Abang hendak ke mana itu?

Pak Usop : Saya kena pergi berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju tu haa..
Mak Limah : Kalau ye pun nak pergi berjumpa dengan mereka, makanlah nasi ni dulu, nanti
                      lapar.
Pak Usop : Baiklah, abang rasa abang hendak berhenti jadi pemandu bas di koperasi itu.
Mak Limah : Aik, macam mana abang hendak dapat pekerjaan baru lepas abang berhenti kerja?
Pak Usop : Abang hendak memohon pinjaman daripada MARA untuk membeli sebuah bas. 

Comments