JURNAL HARIAN (27/2/2017)
Assalamualaikum,
pada pagi ini selepas menunaikan solat subuh, aku kembali baring diatas katil. Tanpa disedari kelopak mataku mulai tertutup menyebabkan aku tidur hingga pukul 7:!5 pagi. Aku bangun dalam keadaan yang tersangatlah cemas dan pergi menyiapkan diri untuk bersarapan bersama-sama dengan Baiti pada pagi ini.
Selepas perhimpunan pagi tamat, aku dan rakan-rakanku pergi ke kelas pertama kami iaitu research, diteruskan dengan kelas agama dan disambung dengan rehat dimana Pihak DM telah menyediakan sedikit kuih dan secawan milo panas buat kami semua. Selepas itu, kami ke makmal Bahasa untuk belajar bersama En.Mior. Akan tetapi, batang hidungnya sampai 5 minit sebelum kelas berakhir baru Nampak.
En. Mior menyuruh kami membuat sedikit latihan yang perlu dihantar ketika dan selepas minggu peperiksaan bermula iaitu pada minggu depan. Pada sebelah petang, aku dan Nyak pergi berjumpa dengan Pusn Imatul dimana aku pergi hanya berniat untuk menemankan Nyak, tanpa disedari aku diheret masuk sekali ke dalam sesi itu. Selepas itu, kami berdua pergi ke Dewan Serbaguna untuk bermain badminton hingga azan asar. Kemudian, kami pulang ke bilik.
Selepas menunaikan solat di bilik Nyak, kami menghadam sedikit makanan yang dibekalkan oleh Nyak. Kemudian, kami berdua tertidur memandangkan hari sedang hujan... Rintik-rintik.. Pada sebelah malam pula, aku menyiapkan sebahagian daripada latihan sejarah yang diberikan oleh Puan Zaza pada 1 jam yang kedua manakala pada 1 jam yang pertama pula aku habiskan untuk menyiapkan kerja pendidikan agama islam.
Selepas menunaikan solat isyak dan supper, kami berdua menuju ke bilik Nyak untuk stay up. Aku stay up sampai ke pukul 3:00 pagi iaitu kini, Muajahajhaha. Di waktu stay up ini kami ditemani Maryam makan sedikit makanan bersama-sama kemudian aku dan Maryam menyiapkan kerja kimia yang sepatutnya kena hantar esok iaitu harini. Hahahha. Sekian sahaja, saya sudah ada eyebag. Selamat pagi.
Comments
Post a Comment