JURNAL HARIAN (13/2/2017)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
pada pagi yang mulia ini saya terbangun tepat jam 6:00 pagi. Saya melihat teman sebilik yang sudah tiada, berkemungkinan dia sedang mengambil wudhuk.
Saya tidur kembali dan bangun sekitar ukul 7 pagi. Saya mandi dan mengejutkan rakan baik saya iaitu Baiti. Kemudian, saya terus ke bilik dan bersiapkan diri dan terus mengambil beg dan menuju ke Dewan Makan bersama Baiti.
Selesai makan, kami berjalan ke arah Dewan Serbaguna dan menjalani sesi pembelajaran seperti biasa. Kelainan terjadi apabila sampai waktu seni persembahan. Ada dua orang cikgu tambahan yang akan mengajar kami untuk setahun kerana merupakan guru yang akan ke Meliwar pada tahun hadapan. Kami belajar akan cara untuk mempersembahkan diri di hadapan rakan-rakan.
Pada mulanya, kami hendak membuat satu persembahan untuk Hari Kerjaya, tetapi, disebabkan kesuntukan masa yang melampau. Kami terpaksa menangguhkan perkara ini buat sementara waktu. Loceng berbunyi menandakan waktu tamat. Kami gembira dapat bersama dengan Mr. Kam dan Cikgu Ayu. Nama Cikgu Ayu tu cantik.. Macam dalam Oh My English..
Selesai makan, aku naik kebilik dan terus menukar baju dan melabuhkan punggung di atas
katil. Aku tidur sahaja sepanjang waktu prep pada petang ini. Ada sahaja kerja yang nak dibuat, entah kenapa aku rasa penat pulak
Petang ni pun tak jog untuk emerald.. Hujan.. 😔😔😔😔😔😔😔
Comments
Post a Comment