JURNAL CUTI HUJUNG MINGGU
(26/2/2017)
Assalamualaikum,
pada pagi sabtu ini. Aku bangun dengan niat ingin berjumpa ibubapaku serta keluargaku yang hampir 2 bulan tidak bersua muka. Aku melakukan rutin harian seperti biasa sebelum aku kembali merebahkan badanku keatas katil kembali. Aku kembali tidur.
Dekat pukul 12:00 tengah hari, aku bangun dan berangan seketika diatas katil sebelum perutku berkeroncong kuat. Aku mencapai telefonku lantas menghantar mesej kepada rakan baikku, Baiti.
Alyaa : Weh nak makan tak?
Baiti : *Offline
Aku bangun dah terus bergerak kearah biliknya yang kira-kira 15 langkah jauh dari bilikku. Selepas mengetuk pintu, aku terus memulas tombol pintu dan melompat keatas katilnya dan menggoncangkan bahunya.
Alyaa : Baiti! Baiti! Jom makan lunch!
Baiti : Ugh.. Lunch ??
Alyaa : Haah, jom laa jom laa.. Aku tengah rajin..
Baiti : Aku rasa aku tak lunch kot..
Alyaa : Oh yeke.. Takpela.. Sorry kacau kau tido..
Baiti : Hah? Sorry..
Kakiku melangkah dengan cepat kembali kebilikku dan mencapai telefon bimbitku lalu menelefon ibuku,
Alyaa : Assalamualaikum, mamaa..
Mama : Waalaikumussalam, ya yang.,
Alyaa : Mama datang awal sikit boleh?? Dikya lapar..
Mama : Boleh-boleh, pukul 5:30 petang ye.. Sayang..
Alyaa : *tengok jam (12:45pm), bolehla..
Mama : Ok, tunggu ye sayang..
Alyaa : Orite, maa.. Dikya off eh?
Mama : Ok, babai..
Alyaa : Babai
Lalu aku menghabiskan seluruh petang itu diatas katil..
Aku sampai kerumah tepat pukul 6:00 petang lebih 2 minit. Aku berlari masuk dan memeluk bapa dan adik-beradikku. Lantas aku mempercepatkan langkah naik ke bilikku dan merebahkan diriku diatas katil. Aku mempersiapkan diri untuk makan malam. Setelah itu, aku masuk ke bilik bersama adik perempuanku dan kami tidur berdua bersama-sama pada malam itu.
Comments
Post a Comment