JURNAL HARIAN (15/2/2017)
Pagi ini dimulakan dengan jeritan teman sebilikku, Afeena.
Afeena : Alyaa!!!
Alyaa : Hah! Ya! Kenapa! (masih mamai)
Afeena : Bangun, nak dekat pukul 7 dah ni nanti, tak sempat nak mandi.
Alyaa : Hah!? 7 pagi !!
Maka, aku pun terus berlari ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan kemudian menunaikan solat subuh dalam kegelapan dan kesejukan pagi.
Setelah itu, aku bersiap dan turun ke bahagian bawah. Aku menjerit memanggil Baiti, tetapi tiada suara yang menjawab. Aku tunggu dan tunggu.. Tunggu.. Baiti muncul dan kami menuju ke Auditorium untuk berada di hadapan perasmian hari kerjaya.
Slot habis pada waktu tengah hari dan aku balik ke bilik. 20 minit selepas itu, Afeena muncul dan merebahkan dirinya di atas katil.
Afeena : Fuh, penatnya..
Alyaa : Hahaha, biasa la tu.. Kita jadi usahawan kan.
Afeena : Lama gila tadi, sufi punya makanan pun dah nak habis. First-first ingat tak laku
au sebab mahal. Tapi tadi, tinggal berapa ketul je.
Alyaa : Bapak ah, sedap sangat aa tu.. Untung nya.. Kita dah pokai..
Afeena : Hehe...
Alyaa : Petang ni ada slot ke?
Afeena : Kak Im kata ada, pukul 2:20 p.m.
Alyaa : Alaaaaaa, malasnya!!!
Afeena : Kannnn...
Pukul 2, kedengaran suara Puan Hani bergema disegenap ruang di aspuri.
Puan Hani : Perhatian kepada semua pelajar perempuan! Sila kosongkan asrama!!
SE KA RANG!!
Puteri : Kejap kak hani! Kejap!!
Puan Hani : ULANG SUARA ! Perhatian kepada semua pelajar perempuan! Sila
kosongkan asrama ! SE KA RANG!
Maka, aku dan feena terus ke auditorium dan pulang pada pukul 4 dan menghabiskan waktu petang ini dengan tidur.
Comments
Post a Comment