JURNAL

(12/2/2017)

Pagi ini bermula dengan perit sekali. Aku rasa ada benda yang tersekat di rongga hidungku. Sangatlah sakit. Kepala aku berpusing dengan teruk sekali. Aku pening. Selepas reda beberapa minit kemudian, aku mengambil telefon bimbitku lalu membuka "whatsapp" dan membaca kesemua chat yang keluar. Seketika itu aku berhenti kepada suatu mesej yang berbunyi,"Selepas mendapat lampu hijau dari vice house capt, kita termasuk perempuan kul 8 pagi esok kumpul kat depan ds auu, senamrobik jap then kita jog sama-sama" dari kumpulan Emerald Padu.


Dengan satu lompatan aku keluar dari katil dan terus menuju ke bilik mandi. Sejurus itu, aku menyarungkan baju yang sesuai dan terus membuka mesej tadi kembali dan aku pergi ke depan auditorium. Ku lihat tiada orang pada pukul 8:45 pagi itu. Aku balik ke asrama dengan hampa. Aku kembali merebahkan badanku ke atas katil. Aku demam. Hidungku tersumbat. Aku tidur sekejap dan membuka kedua kelopak mataku kembali selepas assignment menerpa masuk kepala. Aku menghabiskan hariku ini dengan menyiapkan assignment yang diberikan hingga sekarang.


Aku pergi ke kelas prep dengan kaki yang lemah dan badanku sangatlah sejuk mencucuk tulang. Jariku bergerak laju di atas papan kekunci manakala otakku bergerak dengan pantas tentang ayat yang bakal aku tulis selepas ini.

Beribu terima kasih aku ucapkan kepada Husna sebab jagaku semasa aku sakit :)





* Minta maaf Cikgu, saya terlepas jog pagi ni 😞😞😌

Comments