JURNAL HARIAN (28/2/2017)
Assalamualaikum,
pada pagi ini aku bangun di Bilik Nyak. Lebih kurang pukul 6:53 pagi. Selepas aku mengejut Nyak, aku pulang ke bilik. Aku bersiap dan terus turun ke Dewan Serbaguna untuk menyertai perhimpunan pagi.
Kelas berjalan seperti biasa, petang seperti biasa juga. Aku menghadiri kelas bahasa perancis yang dibuat setiap hari selasa kerana Madamme tak ada hari Isnin. Aku pergi ke Dewan Serbaguna ketika waktu Mentor Akademik kerana mentorku tiada. Aku tidur di bilik atas Dewan Serbaguna hingga pukul 4 petang, kakiku melangkah ke asrama.
Dari jauh, aku dapat lihat seniorku tunggu ditiang sepanjang susur, aku menyandarkan diriku disalah sebuah tiang disitu. Aku hampir terlena tetapi Joyah mengajakku pergi ke Dewan Makan. Aku melangkah dengan paksa rela ke sana. Kemudian, aku balik ke bilik dan menghabiskan waktu petangku diatas katil di bilik. Tidurla, apa lagi.
Pada sebelah malam, aku meluangkan masa bersama rakan sekelasku *I mean the whole class. Kami prep di bilik atas Dewan Serbaguna ats sebab tertentu salah satunya untuk membincangkan cara kami membentangkan lakonan sejarah kami esok. Kejadian tak dijangka berlaku apabila Komari a.k.a Izzati Omar melompat untuk menyerang askar Melaka tetapi jatuh seakan peluru meriam dihadapan mereka.
Kami menjerit seketika kerana kesiankan dia tetapi aku tidak dapat menahan gelak lalu melepaskannya tanpa apa-apa selindung lagi. Sumpah nampak macam peluru sebab komari bulat!
Aku menunaikan solat secara berjemaah dan meneruskan perjalanan bersama babuns kesayangan menuju ke Dewan Makan untuk minum malam a.k.a supper.
Aku balik ke bilik kemudian, menyusun jadual dan kemudian terus tidur diatas katil setelah melihat bilikku dalam keadaan yang memuaskan.

Comments
Post a Comment