LATIHAN PEMENGGALAN AYAT 


Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. 


Latihan 1: 



Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan. 


= Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dahulu. 

   Kini, binatang-binatang liar tersebut menghadapai kepupusan yang berpunca daripada kegiatan 
   manusia seperti berburu sesuka hati dan melakukan kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk 
   membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan 
   penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.


Latihan 2: 



Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan. 


= Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk memberikan manfaat

   kepada manusia dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen
   dikatakan membawa pelbagai masalah pula yang membawa kepada pelbagai penyelidikan terhadap 
   kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut 
   menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi 
   masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut
   dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.


Latihan 3: 



Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga. 


= Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang disiarkan oleh 

   RTM dan TV3. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat 
   menyebabkan hal ini dibimbangkan oleh ibubapa kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi
   pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu
   yang baik dan sesuatu yang buruk juga.


Latihan 4: 



Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga. 


= Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer untuk para pelajar di 

   negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibubapa kerana langkah
   ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang didapati ketara sekali di 
   sekolah luar bandar. Banyak  pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang
   kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer dan dapat menarik minat pelajar mendalami
   bidang komputer juga.


Latihan 5: 



Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu. 


= Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam jenis novel kanak-kanak 

   juga dikarang oleh Darulsalam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak
   menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya bercuti
   ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari dan nasib mereka
   baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.


Latihan 6: 



Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing. 


= Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat yang berlaku sejak beberapa tahun yang 

   lalu dan menstabilkan ekonomi Malaysia secara berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat 
   asing datang ke sini untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat
   menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan di mana keistimewaan-keistimewaan itu 
   dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.


Latihan 7: 



Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.


= Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia 

   di seluruh dunia yang berpunca daripa sifat haloba manusia memperlakukan bumi
  sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan 
  berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu 
  dan penipisan lapisan ozon. 


Comments