JURNAL SUKAN
(16-25/2/2017)

Assalamualaikum,

Pada pagi khamis, saya bangun dan meneruskan perjalanan harianku seperti biasa. Namun, setiap kali waktu rehat, minda saya terbayangkan akan aktiviti merentas kampus pada esok hari. 
                          Hari yang dinantikan pun tiba, aku mengenakan baju bola tampar teman sebilikku Afeena yang berwarna hijau menunjukkan aku merupakan ahli rumah sukan Emerald.

               "Rumah! Rumah! Rumah dalam hutan! (Rumah dalam hutan.. Rumah dalam hutan!), 
 Kami Emerald Juara Baru! Emerald nombor satu! Satu! Satu! Satu! Satu! Shhh!!"

Aku bergerak ke stadium bersama rakan dan melabuhkan punggung di bangku yang disediakan. Seketika kemudian, aku terlihat akan house capt kami iaitu Ayop memanggil Kami semua untuk turun ke tengah padang bagi melakukan aktiviti panaskan badan antara rumah. Selesai memanaskan badan, kami membuat cheers kami iaitu!!

        "Hambale! Hambalowa! (Hambale! Hambalowa!), 
          Stamina mina ehh! (Stamina mina ehh!),
          Stamina mina ohh! (Stamina mina ohh!),
          It's okay! It's alright! (It's okay! It's alright!)
          Come On Emerald! 
          Fight! Fight! Fight! 
          (Come On Emerald! Fight! Fight! Fight!)

Semua pelari dibekalkan seutas riben yang merupakan kunci bagi mendapatkan mata untuk rumah tercinta. Wisel dibunyikan dan aku bersama rakan satu batch dan batch foundation 3 (tingkatan3) mula berlari. Aku mengekalkan stamina pada awal perjalanan lebih-lebih lagi ketika hendak mendaki bukit. Aku berlari dan memintas kesemua rakan-rakan ku. Namun, masih lagi yang belum sempat aku pintas. Aku menggunakan semua tips untuk berlari dan mengekalkan stamina seperti yang dikatakan oleh Garu, Syed dan Shamil. 
      Alhamdulillah, aku mendapat tempat ke-9 secara keseluruhan untuk batch f2 dan f3. Alhamdulillah juga untuk kategori ku, top-10 mempunyai 6 orang pelari dari rumah Emerald menjuarai pertandingan ini dan aku sangat bangga dengannya. Hari ini berjalan dengan sangat pantas. Dalam kepalaku sekarang hanya memikirkan sukantara badminton yang aku perlu menang. 
       Sabtu dan Ahad, aku habiskan dengan membuat kerja pada sebelah pagi dan malam dan waktu petang, kuhabiskan dengan latihan badminton beregu bersama Nur Iman Amani. Pada malam sabtu, Emerald ada buat pemilihan dan aku ingin memasuki kategori badminton beregu under-15. Kulihat ramai juga dari kalangan foundation 1 yang ingin mencuba nasib namun aku tidak lepaskan peluang ini kerana mereka mempunyai kekurangan dari pelbagai segi dan aku takut itu akan membuatkan Emerald kalah. 
           Pemilihan badminton single under-15 juga aku masuk kerana aku tidak ingin adik foundation 1 masuk. Dikhuatiri akibat ramai yang hebat-hebat dan wakil rumah Emerald lemah. Main punya main, aku terpilih. Alhamdulillah.  Hari Isnin malam Selasa, aku memperjuangkan hak Emerald untuk single badminton under-15. Aku lawan rakan baikku sendiri, Nyak. Dia sudah lama bermain bersamaku sejak dari tahun lepas. Hingga sekarang, dan buktinya ketika kami bersama-sama bermain untuk pemilihan ke Mssd Badminton untuk kategori beregu badminton under-15. Namun, kami tidak terpilih. Aku takut, kakiku menggeletar kuat, tanganku berpeluh dan jantungku berombak kencang. Macam mana aku hendak berhadapan dengan rakan yang setanding denganku? Yang sudah tahu akan gerak-geriku? Strategiku? Bagaimana jika aku kalah? Emerald akan kecewa kah?
           Permainan berlangsung, Nyak bermain dengan sungguh hebat dan berjaya mengalahkan aku untuk set yang pertama iaitu 15-13. Selesai sahaja, keputusan mengumumkan bahawa aku kalah dan Nyak berjaya ke pusingan separuh akhir. 
             Hari Selasa berjalan seperti biasa, aku dan Iman bakal berlawan bersama rumah Ruby yang diwakili oleh Nana dan Arfa. Aku pernah bermain bersama mereka ketika pemilihan Mssd Badminton dan mereka sudah tahu cara aku main. Namun itu dulu, mereka menjangkakan aku baling bola tinggi sama seperti dulu tetapi kini aku sudah mempelajari cara untuk bermain net. Mereka tidak menjangka bahawa kini aku kian memahiri kemahiran sebegitu hasil daripada bermain bersama seorang budak lelaki foundation 1 bernama Hafiy. Terima kasih kepadanya kerana selalu bermain net dan aku mempelajari sedikit sebanyak daripadanya.
            Kami menjuarai pertandingan pada malam ini tetapi ini bukan penghujungnya. Pada malam Rabu, aku dan Iman mara ke pusingan semi-final dan berdepan dengan Anis Atiqah dan Nur Aneena. Kami berempat berentap antara satu sama lain untuk melayakkan diri ke pusingan akhir perlawanan namun apakan daya, memandang mereka sudah cukup membuat mindset ku jatuh kuat mengatakan aku akan kalah. Kakiku menggeletar kuat dikala kami memasuki gelanggang.
            Pukulan demi pukulan, aku dan iman hampir setaraf dengan mereka namun mereka lebih pantas dan licik dan kami kalah dengan 21-17. Hatiku jatuh berkecai, mataku berkaca, raket digenggamanku hampir jatuh. Aku tidak ingin menangis jadi aku cuba menahannya selama yang boleh. Tiba-tiba, akak level 2 datang memeluk kami berdua. Aku tak tahan lagi, aku melihat Iman memeluk mereka dengan erat dan lama dan kemudian menangis. Aku sedih. 
               Tidak lama kemudian aku pula menangis. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

PELIK BUKANNNN!!

.             Hari khamis, ada aktiviti CNY. Aku berada dalam kumpulan 12 dan aku mengharungi kesemua aktiviti itu dalam keadaan yang ngantuk kerana badanku sakit berdenyut kerana semalam. Pada malam itu, aku diarah untuk berentap sekali lagi untuk mendapatkan kedudukan 3. Aku dan Iman diminta untuk berlawan dengan Khairul NurAllyana dan Melissa Irdeena yang merupakan wakil kumpulan Emerald jua. 
                 Kami masuk ke gelanggang dengan niat "Kalah ke menang ke takpe, sebab diorang Emerald juga. Jadi tak kisahlah kan, asalkan dapat mata." kata kami berdua. Ayat itu diulang setiap kali perlawanan. Akhirnya, kami menang dengan mata 30-25. Aku dan Iman saling berpelukan dengan gembira! Akhirnya kami berjaya!

               Hari Jumaat, aku pergi dan balik dari kelas seperti biasa, namun, pada malam itu. Aku bersama rakan-rakanku mempunyai rancangan tersembunyi dan kami pun melaksanakannya dengan jayanya tanpa pengetahuan "mereka" yang lain. Inilah minggu yang kurasakan paling melekat dihati buat masa ini pada tahun ini. Sekian


[SAJASAJA]


-PENGLIBATAN DALAM BADMINTON-

 -NO. 6 UTK KESELURUHAN, NO.3 UTK KENTANG-

 -SAB BELANJA KOOP UTK KEMENANGAN-

-BUKAN SOLALUU-

Comments