JURNAL HARIAN (10/4/2017)
HAPPY BIRTHDAY HUSNA
Assalamualaikum,
Haihaihai.
Pada pagi ini, Oya bangun awal. Hurey! Oya pergi Dewan Serbaguna pun 'awal', dapat beratur kat bahagian belakang. Oya dapat mendengar segala info termasuklah info yang menyatakan bahawa Amir Rafiq dapat pergi London dan ditaja oleh Maybank2U serta mendapat scholarship di sana. Habis perhimpunan pagi ini, kentang-kentang menyanyikan lagu 'Happy Birthday' kepada Nurhusna Hidayah 2k1. Dia sudah tuaaaa. HAHAHAHAHA. Happy birthday Husen tercinta๐๐๐๐
Sesi pembelajaran berjalan dengan lancar sekali. Alhamdulilah. Bersyukur ke hadrat illahi, Oya tidak terlewat/terlambat/terlepas kelas bahasa perancis pada petang ini. Oya bangun lewat, nasib baik Oya dah solat zohor. Tahu tak, Oya bangun pukul 2:10 petang. Oya bangun cepat-cepat siap dan kemudian pergi ke kelas tersebut. Masuk-masuk je dalam kelas, sikit je orang yang datang, dah la masa tu kawan-kawan yang sama kelas tengah sandang beg. Oya sampai dekat pukul 2:40 petang. Oya mati-mati ingat dah habis. Rupa-rupanya baru nak start, balik kelas baru Oya tahu yang kelas hari ini bermula pada pukul 2:30 petang.
Oya main badminton petang ini, kemudian Oya makan malam dengan Nyak dan Mz. Entah kenapa Oya asyik sakit perut je kebelakangan, hingga masa Oya, Nyak dan Mz tengah pusing permata, Oya sakit perut sangat-sangat dan kami berhenti satu tempat. Oya usap perut sampai pukul 7.05 minit malam baru kami balik. Oya menyesal sakit perut petang tadi. Habis tak dapat nak menikmati pemandangan pada petang ini. Oya tak mahu meninggalkan permata kerana pemandangannya dan udara nyamannya di waktu sebegini serta pelbagai sebab lagi.
Oya balik bersiap dan kemudiannya solat berjemaah di Dewan Serbaguna. Kemudian, Oya pergi ke prep dan menyiapkan jurnal ini. Oya rancang, lepas solat isyak berjemaah, Oya nak pergi minum malam di Dewan Makan. Kemudian, baru Oya naik ke bilik, susun jadual, gosok baju untuk esok baru tidur. Sekian, Terima Kasih.
Comments
Post a Comment