JURNAL HARIAN (22/4/2017)

HARI KEDUA DI KEM SRI RAUHDAH

Assalamualaikum, 
haihaihai fans. Ecewah. 
Pagi ini, rumet kem kejut Oya bangun pukul 5 pagi. Semalam, Kem Kom suruh kami berkumpul di surau pukul 5:30 pagi untuk solat subuh. Oya bagi yang boleh solat siap dulu, lepas mandi Oya pergi duduk diluar surau.
    Lepas subuh, Oya masuk sebab ada tazkirah dari kakak fasi lawa kitaa.. Kemudian, kami mamam di Dewan Mamam. Kemudian, kami berbaris di Dataran. Abang Boy lead senam robik pada pagi ini. Antara lagu yang dimainkannya ialah :

    Darah Muda
    Watch Me 

Seronok!! Lagi-lagi lagu Ziriguidum tu. Unik nak mampus. Ziriguidum Troupe Dance. Memang boek sangat. Tapi paling istimewa bagi Oya lagu inilaa Darah Muda. So, rakan-rakan, kalau nak lagu ini. Tekan sajooo <3 . Khas untuk budak permata. Kemudian, kami akan mamam. Selepas mamam, kami berkumpul ikut batch. Kami diberi taklimat sebelum memulakan aktiviti meredah hutan. Oya dan babuns gembira dapat dengar bunyi unggas. Baru Oya tahu bunyi Unggas tu sebenarnya bunyi burung. Oya juga dapat tengok pacat begerak live yall kali kedua dalam hidup. Oya dapat rasa kena kejar dengan SEEKOR lebah cinonet gila. Oya dapat bersihkan kasut dengan air jernih sungai. Oya dapat rasa kesejukan batu dalam sungai. Oya dapat tengok kawan Oya kotor, kawan Oya dapat tengok Oya kotor. Banyak benda Oya dapat masuk hutan ni. Kemudian sampai satu tahap, kami perlu memasuki terowong. Sepatutnya kami lalu dibahagian kering tetapi Sir Kz tengok kami terus dia menjerti "Hoi, apa lalu situ, meh sini, kita kena have fun sementara kita masih di sini!". Kemudian, kami berlari dilaluan air itu melompat-lompat. Seronok tengok percikan air. Sampai dibahagian tengah terowong itu Oya tak nampak muka orang, sebab Oya seronok gila sampai nampak bayang-bayang sahaja. Kemudian, Oya tiba di tempat budak lelaki dah mandi sungai. Oya duduk ditengah sungai, kemudian, Oya disertai dengan babuns, kemudian the whole potatoes ada kat tengah sungai itu. Dari hujung kolar sampai hujung kasut Oya basah ketika mandi sungai. Oya tak nak rosakkan tudung. 'Awning, awning tudung', -Baiti. HAHAHAHAHAHAHA NGANJING JE OYA OI. Kemudian, Oya pulang membawa kayu kering nak dijadikan kayu api untuk survival cook petang nanti. Apabila kami tiba di dataran semula, selepas dah beratur. Kem Kom datang marah-marah. Dia tegur kami kenapa perempuan jalan dahulu daripada lelaki. Oya tak sanggup nak melawan sebab benda yang dia cakap tu ada betulnya. Manusia tak sempurna. Kemudian, kami mamam dan dapat rehat sekali dengan zohor. Oya sempat  mandi atas sebab yang Oya pilih untuk taknak cakap disini. Tapi tak tipulah, kasut stokin Oya basah dan penuh pasir yall. Seronok nak mati. Kemudian, Oya berkumpul. Kali ini ada seorang lagi fasi tambahan, Oya gelar dia Kom Hutan. Sebab? Dia yang bagi taklimat sebelum kami bergerak masuk ke hutan pagi tadi. Oya tengok dia Oya teringat Abam Raja Lawak. Comel gila! Abam dengan Adib Alexx yang viner tu. Kemudian, dia bagitahu cara-cara nak masak lemang dan rebus telur secara ikhtiar hidup. Kemudian, Oya kumpulan 11 kan, kump 11-15 kena bakar dalam satu unggun api. Oya tengok ketua Oya tu crush Oya. Alamak, tak boleh laa.. Kemudian, Oya TERTOLONG kumpulan Mz [kump 13] kumpul tanah nak balut telur. Oya lupa.. Ampun ketua.. Kemudian, Oya tengok mereka solat. Kemudian, hujan pun turun. Kesian unggun kami, lemang asyik jatuh sebab kayu tak kukuh last-last hujan turun tak dapat apa. Kemudian, Oya tengok setiap ketua kumpulan kena panggil dengan komander hutan. Mereka kena denda buat pumping tapi stay kat atas. Dahlah tengah hujan, kena lagi. Kesian ketua. Kemudian, mereka kena beri nasihat dekat setiap ahli kumpulan. Kemudian, Oya dan kumpulan kena hidang lemang tu. Lepas itu, ketua kami bukak lemang, masa dia bukak lemang tu tangan dia berdarah. Terhiris buluh tu, berdarah banyak. Lepastu, boleh pulak dia kata "Eh, aku tak perasan pun tangan aku berdarah", lepastu tersengih. Aduuii, sakit bang. Lepastu hasilnya, lemang kami 1 per 3 je yang masak. Nak tak nak, hidang yang tu jela. Kemudian, ketua yang kena persembahkan benda tu, yang lain kena berkumpul. Kami berbaris, komander hutan yang lead masa tu. Kami kena pujuk komander hutan tu sebab dah buat dia marah. Atotototototo, comelnyaa lahaiii. Dahlah chubby. Kami buat tepuk kasih sayang dan nyanyi lagu barney yang 'I love you, You love me, We are happy family." Seronok, dapat tengok komander hutan tu senyum lebar. Bukan setakat badan je besar, hati pun besar nak maafkan orang. Orang minta maaf komander hutan, orang dah tak buat dah lepas ini. Orang janji. Kemudian, kami bersihkan diri di dorm. Lepastu, kami maghrib, lepas maghrib kami mamam. Setiap kali lepas mamam kami kena cuci pinggan. Oya kesian dekat akak level 2. Mereka yang kena cuci pinggan Oya dan orang lain. Orang nak buat, Orang punya pinggan bukan akak. Akak buat orang terkilan la kak. Janganlah buat macam ni kat orang. Tak kesian kat orang ke kak? Kemudian, kami isyak. Selepas isyak, kami berkumpul di Dewan Ketat. Kami kena marah lagi dengan Kem Kom, maksud orang marah tu, kena pumping untuk lelaki dan ketuk ketampi untuk perempuan. Orang sakit kaki. Kemudian, sementara menunggu Nightwalk. Abang Boy ajar kami ciri-ciri menjadi seorang pemimpin. Berikutnya merupakan ciri-ciri tersebut:

  1.     Amanah
  2.     Bertanggungjawab
  3.     Berani
  4.     Bijak
  5.     Disiplin
  6.     Masa [Tepati Masa]
Kami belajar dengan lagu Darah Muda, kami buat ini ketika part gitar solo. Best tau!! Lepastu, kami berketat-ketat lagi main game telur, ayam, naga, king. Game ini berkonsepkan osom. Burung,batu, air tau bukan batu, kertas, gunting. Fasa 1, Oya antara orang yang bakal dipanggil kehadapan tetapi atas sokongan dan semangat juang yang diberikan dari kentang kesayangan Oya sempat keluar. Kemudian, kami main lagi untuk fasa kedua. Kemudian, masa nightwalk tiba. Kami perlu berkumpul di dataran. Oya dapat nombor 256 dan password dia ialah "Chori Chori Chukki Chukki". Oya ikat kain Oya dekat tangan Oya dan Baiti atas permintaan Baiti. Baiti takut kalau ada apa-apa jadi, Oya pecut tinggal Baiti. Atotototo, sweet nya membe kesayangan ni kan. Baiti cakap kalau Oya takut nanti dia boleh nyanyikan lagu kegemaran Oya. Masa nightwalk, benda paling tak boleh blah bila Baiti tegur sorang akak ni. Lepastu, akak tu nak terkam Baiti sambil buat bunyi kucing gaduh jadi gila dan kuat nak mati. Oya terlompat sikit, tapi Baiti terlompat BANYAK ! HAHAHAHAHAHHAAH ! Lepatu kami berkumpul di Dewan Ketat dan pulang. Oya tidur macam semalam lagi. Kali ini Oya tidur awal. 

[PICTURES]

-KEGEMARAN-

 -NOT YOUR TYPICAL GIRLS- 

 -GLUPPY GUM DROPS-

 -PUTERI PERMATA-

Comments