JURNAL HARIAN (29/3/2017)

PERSIAPAN EMERALD

Assalamualaikum,
hai semua, pagi ini aku perlu berkumpul di astaka. Ye, di stadium lagi. Seronok tengok atlet-atlet permata ni berlari-lari seperti ingin mencapai kejayaan yang terbentang luas didepan mata. Seorang demi seorang melepasi garisan penamat dengan jayanya. 
             Dapat kulihat satu demi satu tumbang setelah melepasi garisan penamat. Para pelajar diminta untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri ketika acara sedang berlangsung. Timbul rasa kasihan terhadap mereka semua. Aku memasuki acara lari 200M. Ketika aku memijak garisan putih, hatiku tidak dapat fokus kerana ketakutan. 
             Ketika hon dibunyikan, aku berlari menuju ke garisan penamat, ketika hampir sampai ke garisan penamat, aku seri dengan pelari Sapphire iaitu Mz. Keputusan masih ditangan mereka dan aku tak kisah. Yang penting, aku dah lari. Itu sudah cukup bagus. Kemudian, aku membawa diri ke bahagian Emerald. Aku duduk bersebelahan dengan Hu Zhi Yi. Salah seorang batchmate Emeraldku. 
Habis lengannya dipelukku erat. Aku sakit belakang. Namun, tidak berkekalan kesakitannya itu. 
           Acara ini diseret ke waktu petang, aku gembira melihat mereka semua berusaha. Termasuklah, makcik-pakcik yang sedang menjaja di bahagian tepi stadium. Aku masuk ke bilik selari dengan Feena. Entah mengapa, aku rasa dia masih tidak masuk denganku kerana kami jarang bercakap. Aku mandi seraya dengannya. Kebanyakan perkara yang kami lakukan, kami lakukan bersama. Apabila dia bersiap, aku bersiap. Ketika aku mengambil alat mandian, dia bangun bersama. Hinggakan waktu tidur, kadangkala aku melihat ketika aku sampai lewat malam, dia masih tidak tidur hingga aku baring sama. Tatkala itu, aku pun ingin membalas jasanya dengan membuat perkara yang serupa. 
             Pada malam ini, aku menghabiskan masa di kelas 5 dan 6 fasa 2. Aku diminta untuk menyediakan baju kawad Emerald. Dimana, aku perlu meneliti, menggunting serta menggamkan demi melengkapi cita-cita vice Emerald. Aku bekerja bersama-sama Fatin, Azalea dan Maisarah yang terdiri daripada adik-adik Foundation 1. Tatkala aku membuat kerja, nyanyian lagu jiwang dimulakan oleh abang Level. Ayop menyuruhnya berhenti dan mengajak mereka untuk membantu Ayop memikirkan sedikit sebanyak tentang formasi kawad pada esok hari. Aku meneruskan aktiviti ini hingga pukul 3 pagi dan baru aku kembali. 
                 Paling sweet, ketika aku sampai, Feena masih belum tidur! Comelnya rumet ni. Aku baringkan diri baru dia menutup telefon bimbitnya dan meletakkan ia disebelah bantal tidurnya. Aku gembira dapat rumet yang sebegitu. Namun, aku masih khuatir, mengapa kami jarang bercakap sama seperti teman sebilik yang lain. Aku fikirkan perihal itu sehingga aku melelapkan mata. 

[BUKTI]

-BURN BABY BURN-

Comments