JURNAL HARIAN (8/4/2017)
Assalamualaikum,
Harini outing. Nyak ikut saya balik ke rumah. Pada pagi ini, Mak saya menjemput kami. Kami bertiga menuju ke kedai badminton yang berhampiran demi mengharapkan pekerja disitu membaik pulih raket kami. Mak membelikan saya dan Nyak bulu tangkis untuk dimain bersama.
Kami pulang dan kemudiannya, Ayah mengajak kami ke kedai runcit untuk membeli barang dapur. Aku dan Nyak ditugaskan untuk mengambil sotong untuk dimasak ketika makan tengah hari nanti. Terserlah kegembiraan di muka Athirah ketika dia memakai plastik sebagai sarung tangan dan menyeluk tangannya ke dalam sebuah kotak merah dimana didalamnya terdapat sotong dan ais dalam jumlah yang sangat banyak.
Athirah menyatakan bahawa ini pengalamannya yang pertama, menyeluk tangan untuk mengambil sotong di dalam kotak ini. Saya gembira melihat senyumannya, begitu juga dengan Ayah. Kemudian, dia gembira mengambil bawang, cili dan limau bersama saya. Ini merupakan salah satu memori yang bakal tidak dilupakan oleh Athirah.
Kemudian, kami pulang. Kakak dan Abang menyediakan sebuah menu iaitu mi sedap goreng khas buat kami berdua. Ini merupakan salah satu masterpiece kecil yang dibuat oleh Kakak. Kakak terkenal dengan masakannya yang tiptop diseluruh keturunan keluarga kami. Walaupun Kakak tak sepandai yang diharapkan, Kakak masih tidak menghampakan. Sebab itulah, di rumah, segala kerja memasak yang saya perlu buat, diberikan kepada Kakak. Saya pula menguruskan hal lain seperti mengemas, menggosok dan melipat baju serta menanam pokok, mencari/membeli bahan masakan yang Kakak nak dan lain-lain lagi.
Kemudian, Saya dan Nyak terpaksa membersihkan sotong. Saya mengajar Nyak cara-cara untuk membersihkan sotong. Terima Kasih kepada Bibik-bibik lama yang banyak membuatkan saya ter'paksa' mendapat ilmu-ilmu sebegini. Nyak berusaha untuk membersihkan sotong itu sebaik yang mungkin. Saya mengajarnya untuk membuat dakwatnya, diikuti dengan matanya kemudian, giginya. Tidak lupa juga dibahagian kepalanya, dibuang lendir dan tulang. Kemudian, kami potong sotong-sotong tersebut.
Kemudian, kami main satu game yang dikenali sebagai Saidina. Adik perempuan saya menyertai aktiviti ini. Main punya main punya main, last-last, saya paling pokai, Nyak nombor 2 dan Nana juara. Terdapat buktinya ketika kami hendak menyusun permainan itu semula, duit Nana lah yang paling berkepuk. Tak tahula mantera apa yang dibacanya. Geram pulak saya.
Kemudian, kami menjamu selera dengan hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh kaum Hawa dirumah itu termasuklah bibik. Takkanla bibik laki kan? HAHAHAHAHAHAHA.
Tak lama lepas tu, kami pergi ke Tesco untuk membeli kasut kulit hitam dan kemudiannya kembali ke kedai badminton untuk mengambil raket yang sedang dibaik pulih awal tadi. Setelah keluar dari kedai itu, kami balik ke Kolej terus.
Saya penat dan terus merebahkan diri keatas katil dan saya tidur.
Comments
Post a Comment