JURNAL HARIAN (21/4/2017)
HARI PERTAMA DI KEM SRI RAUHDAH
Assalamualaikum,
haihaihaihaihaiiiiiiiii!!
Oya bangun awal hari ini. Pukul 7:00 pagi tepat. Oya bersiap, kemudian pergi ke sekolah. Seperti biasa sekolah, kelas, kelas, kelas dan kelas. Tapi itu bukan objektif utama untuk Jurnal Oya kali ini. Tapiiiiiiiiii, Apabila jam menunjukkan pukul 2:40 petang. Oya dan Baiti bergerak ke Dewan Serbaguna. Kami sudah bersedia untuk pergi ke kem tersebut. Kami beratur dibarisan paaaling depan, Oya tengok kentang-kentang takde lagi. Jadi kami buat barisan baru. Ya Allah, kegembiraannya terserah dimuka bak kotoran daki-daki. HAHAHHAHA, taktak jerawat. Oya takde jerawat, Alhamdulillah. Bila dah dengar ucapan dari Ibunda Ror, tak samapi 3:30 petang lagi bas Oya dah sampai. Masa tu dekat 3:05 petang baru. Oya angkat beg pergi bas depan blok pentadbiran. Oya dengan Mz ada masalah nak letak beg. Last-last kami kena letak beg di dalam bas. Oya duduk sebelah Baiti. 20 minit pertama kami makan, 20 minit kedua kami makan lagi. Yang selebihnya, tidurlah. Nak tengok luar, masa tu tengah panas.. Nanti silau. Sedar-sedar Oya dah melangkah masuk ke Kem Sri Rauhdah. SERONOK !! Kemudian, Oya duduk mengikut barisan batch kot, ke barisan bas. Masuk-masuk dah riuh rendah. Oya jadi bas kedua yang sampai terawal. Tak tahu kenapa bas 2 selalu pintas kami. Tak apa, biar lambat asal selamat, YA BETUL SAPOTT. Kemudian, kami diperkenalkan dengan Abang Attar, ecewah. Abang Ahmad Attar bin ape tah merupakan nama idaman Abang Zaki kita. Tapi kena panggil dia Abang Boy. Pulak.... Kemudian, Oya jumpa Kem Kom. Dia nampak tegas. Tak senyum pun masa dia memperkenalkan diri. Oya nampak pres dengan vice pres dijadikan penghulu dan penghuluwati. Kesiannya, amanah yang diberikan bukannya sikit tapi banyak. Kena jaga 364 orang anak buah kot. Dengan tempat yang agak sesak lagi. Selepas selesai sesi ice breaking dengan fasi utama. Kami dipindahkan ke dorm. Babuns 4 orang tu duduk satu dorm. Oya, Baiti, Qis dan Mz duduk dorm yang paling dekat dengan tangga ke pintu keluar. Kami duduk dorm paling dekat lah kiranya. Kemudian, selepas dah dapat rumet sementara, Oya 'unpack' barang Oya.. Kemudian, Oya duduk sementara menunggu mereka solat. Kemudian, Oya pergi mamam dengan rumet kem. Kemudian, kami duduk di Dewan Ketat selepas solat isyak. Kami diperkenalkan dengan fasi baru, lawa-lawa kakak fasi. Tak tipu. Kemudian, kami kena marah dengan siapa lagi. Kem Kom. Hurmm, Oya menyampah bila kena marah pasal benda yang kecik, mungkin masa tu Oya tengah jahil kot. Tak sedar lagi mata kena tutup. Tak lama selepas itu, Oya dan semua orang termasuklah Abang Boy menari lagu Darah Muda, semua orang berseronok walau sedang bersempit di Dewan ketat. Bila lagu ini dimainkan di kem ini, Oya rasa dihargai, tapi bila lagu ini dimainkan di permata kenapa Oya tak rasa apa-apa langsung. Oya harap dekat permata ini ada cikgu macam Abang Boy. Oya rindu Abang Boy dan Kem Kom. Kemudian, kami perlu dipecahkan kepada 20 kumpulan. Oya dapat kumpulan 11. Kemudian, Oya sedar Oya duduk dengan crush. Alamak, takpe satu perkataan saja. Oya suka semua orang, jangan risau. Cikgu Mior pun jangan risau, Oya suka cakap dengan Cikgu. Cikgu, Oya minta maaf jurnal ni tak rasmi sangat/baku macam cikgu nak. Oya fikir, kalau baku nanti takde feel cikgu. Kita kena seronok selalu, Cikgu. Kemudian, kami diberi kain. Kami juga diarahkan untuk membuat nama kumpulan berdasarkan gabungan satu nama haiwan dan satu nama alat muzik. Kumpulan Oya mula-mula nak buat Lempang. Hasil gabungan Lembu dengan Kompang. Tapi kena tukar, Wolferina. Eh, wolferine. Wolferine hasil gabungan wolf dengan tamborine. Kemudian, baru separuh siap logonya. Kem Kom datang marah lagi, disuruhnya kami semua pulang ke dorm dan tidur. Kenapa? Oya peninglah, baru nak mula guna otak kanan. Dah disuruh off. Maka, Oya pun balik. Balik-balik Oya mandi dulu, lepas mandi. Oya tidur dekat katil tingkat atas dengan Mz. Sebelum tidur, Oya sedar atap bocor. Cikgu mesti tak percaya baca ni cikgu. Oya panjat cikgu !! Oya panjat sebab nak tutup lubang pada atap itu. Oya tak nak Mz kena air entah bersih ke tidak tu.. Kesian Mz, Cikgu, nanti dia tak boleh tidur dengan aman. Kesian kat dia cikgu.. Oya sayang Mz.. Kemudian, Oya turun dan bersihkan katil itu. Oya bagi Mz baring dulu sebab Oya takut katil tu roboh. Kesian pulak kat Baiti terpaksa jadi lempeng. Kemudian, Oya naik dan baring dekat dengan tingkap sebab Oya takut jatuh. [Oya tidur lasak cikgu] Kemudian, Oya tak boleh tidur. Jadi, Oya minta Mz nyanyi [dodoi], sejujurnya Oya tak boleh kalau tidur senyap sunyi. At least pun bunyi cengkerik la. Nanti Oya takut mimpi ngeri. Mz pun nyanyi, suara Mz sedap cikgu. Tapi, dia minta dua-dua. Kami nyanyi, gabungan dia cenggini cikgu. Boek gila. Oya rasa macam nak rakam je, tapi fon tak bawa. Kena hantar. Kemudian, Oya tidur dahulu.
[GAMBAR BEFORE PERGI]
[GAMBAR BEFORE PERGI]
-BABUNS READY TO BE BURN-
-BURN BABUNS BURN-
-SUWEK WEK SIKIT-
-FINALE PUNYA KENA AYUU-
Comments
Post a Comment