JURNAL HARIAN (27/4/2017)
HARI INI ADA PJ YALL
Assalamualaikum,
Hai semua, BOOMSHAKALAKA,
Pagi ini Oya malas nak bagitahu Oya bangun pukul berapa. Cuma nak cakap, Alhamdulillah Oya sempat siap. Kemudian, kaki Oya bergerak pantas menuju ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi. Kemudian, ada kelas, lepas kelas, minum pagi. Kemudian, bi, lepas itu PJJJJJ. Waktu pj Oya pergi ambil speaker di kelas bi. Kemudian, Oya bawa ke Dewan Serbaguna. Net dah siap pasang, jadi kami tinggal main saja. Main punya main, Oya penat. On time, lunch. Kemudian, Oya balik bilik. Tidooooo!!! Lepastu, Alhamdulilah dapat bangun untuk kelas fizik. Ish ni kalau terlepas ni mau kena f untuk next exam. Hadoooi. Kemudian, selepas kelas fizik. Babuns semua balik. Tetapi, K3 ada kelas bio ganti pula. Jadi, tadahlah telinga untuk kelas bio kejap. Rata-rata hampir nak terlelap termasuklah Oya, hahahahaha. Nasib Oya kena tegur dengan Miss Ing, buat temboklah bila satu kelas pandang. HAHAHAHAHHAHAHAA, lantas Oya pun membasuh muka dengan air yang ada dalam kelas tu jugak. Magik bukaaaan ??? Lepas kelas, kami pulang ke bilik masing-masing. Oya, Baiti, Mz dan Mai main badminton petang ni. Mz, gusi dia berdarah kena smash dengan F1 laki. Oya tak tahan, Oya try duduk depan, nak kenakan dia pulak, tapi terkena orang lain. Hadoi, rasa bersalah dia sampai ke hari ini. Tapi jangan risau, Oya tak simpan dendam. Sedihla, tak kena. Ermmm.... Balik tu macam biasalah, tapi, Oya tak maghrib kat ds, sebab pukul 8 malam ni ada kelas french. Lepas kelas french pukul 9, Oya dan rakan french masuk ds ikut pintu belakang. Tak nak kacau ceramah Isra' Mikraj malam ini, kemudian, Oya cuba dengar sebanyak yang boleh, tetapi, Saffa ajak sembang. Maka, jatuhlah Oya ke lembah orang-orang yanggg apa gais!!!!
Ok tu korang yang cakap, bukan Oya. Kemudian, isyak, supper, balik bilik, tido. Bonsoir!
Badminton dengan mereka.
Ok tu korang yang cakap, bukan Oya. Kemudian, isyak, supper, balik bilik, tido. Bonsoir!
Badminton dengan mereka.
SEDIHNYA TERKENA ORG LAIN HUHUHHHHUHU
ReplyDeleteHuhuhuhuu
ReplyDelete