JURNAL HARIAN (6/4/2017)
Assalamualaikum,
Pada pagi ini, aku bangun awal pagi. Buat kesekian kalinya, aku bangun awal pagi. Hahah, tapi malangnya, aku tidur balik. Aku masih sempat nak bersiap betul-betul sebelum assembly bermula. Nasib baik, orangtak beratur lagi time tu.
Pagi ini dimulakan dengan ceramah dari pagi sampai petang. Entah kenapa aku rasa malas nak taip tentangnya secara panjang lebar. Banyak sangat ilmu aku pelajari pada hari ini. Otak aku dah lambat nak berfikir. Penceramah yang dijemput khas pada pagi ini ialah Encik Akbar Ali. Beliau telah memberi banyak info tentang cara belajar yang telah saya salin ke dalam buku nota saya. Hanya satu-satunya kerja untuk self-development ialah sebuah refleksi tentang hari ini. Pasti saya mendapat membuat refleksi itu dengan baik.
Hari ini, saya mencuba suatu pengalaman baru. Di mana, jika para pembaca nak tahu, saya telah melihat Permata secara keseluruhan dengan jayanya. Saya gembira saya dapat berada dipuncak bangunan yang saya ingini. Kenangannya tersangatlah indah walaupun hanya sebentar. Saya tetap gembira, namun, saya hairan, mengapa ianya salah untuk membuat perkara sedemikian rupa. Saya suka buat benda itu. Saya akan rasa gembira membuatnya setiap masa.
Pada malam ini, ada kucing gaduh di luar kelas saya, saya hendak tolongnya berpecah, namun, tidak seberani Nur Izzati a.k.a Komari. Komari sangatlah berani, berani gila. Walaupun kucing tu gaduh kat depan kaki dia, cakar dia kat bahagian URAT. URAT TAU URAT. Dia tetap rilek. Walaupun semua orang lari, dia rilek je duk situ. Pegang-pegang kucing tu. Dia berani. Aku tabik dan kagum dengan keberaniannya. Harapnya dia sentiasa ada sifat itu. Aku tak mahu sifat sayang yang teramat itu hilang.
Akhir sekali, aku balik ke bilik dengan hati yang boleh tahan gembira. Aku balik, sain baju dan tidur dengan aman. Sebab, tak semua kerja yang aku dapat harini selesai.
Comments
Post a Comment