JURNAL HARIAN (26/4/2017)
KOKO
Assalamualaikum,
Hai semua, Hai hai,
Pagi ini Oya bangun pukul 6 lebih, tapi Oya tak bangun 😩😩😩🙁😢 Oya tidur balik sampai pukul 7:00 pagi, tepat. Kemudian, Oya bersiap. =] Lepas bersiap pergi perhimpunan. Lepas tu, kelas, kelas, kelas, kelas dan kelas. Kemudian, selepas kelas jati diri. Prep. Masa prep tu, Oya dan Babuns tak duduk dalam kelas. Kami duduk di korridor. Kami siapkan sejarah di korridor, nak kena angin gitu. Lepas semua dah hantar sejarah, babuns nak Miejah lawan tangan dengan Oya. Oya sebenarnya takut kalah, iyalah, Miejah nampak je keding tapi sebenarnya sado nak mampus. Kemudian, Oya pun ready nak lawan tangan. Waktu awal-awal tu Oya rilek je, baru sedar Miejah tolak kuat juga, jadi oya fikir, baik kita tahan dulu, akhir nanti baru lepaskan semua. Kemudian, Oya fikir balik, Miejah ni tolak kuat sangat, banyaknya tenaga. Masa tu, Oya kecut, kuatnya Miejah, macam mana kalau Miejah tolak lagi kuat akhir nanti? Jadi, Oya pun fikir masa tu. Babuns lain masa tu tengah bersorak, tapi Oya tak dengar. Tengah fikir.. Hmmm, kalahlah aku. Tapi, keadaan mengubah segala-galanya. Kata-kata Mai membuatkan Oya tersentak, "Wei, tengok tangan Mieja, urat kaler biru beb." Oya tengoklah, Miejah macam betul-betul tolak ni. Lama juga tangan kami vibrate, masing-masing tak nak kalah. Saat tu, War keluarkan telefon bimbitnya dan merakamkan sebuah video sebagai kenang-kenangan. Oya dah nampak cahaya kekalahan bila Miejah tolak tangan Oya kuat sampai sikit lagi nak kalah, tapi.. Segalanya berubah dengan takdir Allah.
Oya menang !!! WOOOOOOOWOOOOOO! OYA JADI 2ND BABUNS SADO.. Alhamdulillah, impian tercapai. Oya pakai baju kurung hitam dan miejah tudung merah. Saksikanlah rakan-rakan.
Lepas perlawanan itu, Oya dan Babuns pergi makan tengah hari. Lepas makan, Oya tertidur sampai pukul 5 lebih. Bagus Oya BAGUS. Bsmm tak pergi, Kelab pulak terlepas. Tahniah. Kerja yang bagus. Maka, Oya pun meroyan dalam bilik. Kemudian, Oya dan Baiti pergi dinner. Lepas dinner, bersiap, maghrib, prep, isyak, supper dan tidur. Selamat tidur.
Comments
Post a Comment