JURNAL HARIAN (15/4/2017)
<3 AYAH ALYAA DATANG <3
Assalamualaikum,
HAIHAIHAIHAI,
Hari ini ibubapa Oya nak datang. Ok taktak,
Pada pagi ini, Oya bangun pukul 7:43 pagi. Oya main telefon sekejap, lepastu, Oya perasan yang pukul 8 nanti ada perjumpaan badminton. Apa lagi, jadi husain bolt lah kejap, lari kejut Baiti, lari masuk bilik ambil alat mandian, lepastu lari balik pergi bilik mandi. Lepas mandi, lari masuk bilik, lepas dah siap, lari ambil raket dengan bulu tangkis. Oya berhenti sekejap, Oya tengok jam, dekat pukul 8. "Sempat ke tak ni?," sebab Ck dan Kwek pesan jangan lambat, Oya tak tengok Baiti dah, Oya terus pecut pergi Dewan Serbaguna.
Bila dah sampai, Alamak, Oya sakit perut, jap eeehhhhh !!
Ok, bila dah sampai, Oya tengok sikit je orang baru sampai ?! Macam, "AMENDE NII," Oya masuk-masuk tengok lelaki hanya Kwek dan Ck sahaja. Tak lama lepastu, baru Baiti sampai. Oya dan Baiti pergi bilik belakang, buat senaman ringkas. Lepastu, kami keluar ke gelanggang dan menggegarkannya. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHH acah.
Lepastu, kami ke Dewan Makan untuk menikmati kuih dan air yang memang terbaik punya.
Oya balik bilik, terus blur, nak buat apa? Tapi, bila Oya tengok ke arah papan putih, Oya nampak banyak je assignment yang kena siapkan. Entah kenapa, Oya pergi baring, pergi tidur. Lepastu, pukul 11 lebih. Oya pergi bilik Baiti, niat di hati hendak mengejutnya untuk pergi makan tengah hari. Apakan daya, kejut punya kejut, Baiti tak bangun pun. Apa lagi, baring sebelah dia, mesej Mama Oya tanya nak datang bila, dah lama-lama tu, Oya tertidur sebelah Baiti. Pukul 2 petang baru kami bangun, aduhai, sakitnya belakang. Tertidur atas pinπππππππππ Peritnya, Allah.. Hanya tuhan yang tahu. UHUHUHUHU.
Oya balik bilik solat, lepastu, Oya jalan-jalan pergi bilik adik junior kesayangan Oya, Ariesya. Oya duduk dengan dia sampai pukul 5 lebih. Masa tu, ibubapa Oya dah sampai. Jadi, Oya pergi dekat ibubapa Oya. Oya turun tengok mereka tidak sampai lagi. Jadi, Oya jalanlah, niat nak tunggu di pintu pagar permata, tapi baru lepas rumah Puan Hani, dah nampak kelibat kereta ibubapa Oya. Oya senyum terus berlari ke arahnya. Seraya itu, kereta itu terhenti. Oya lari masuk sambil jerit "Mama! Ayah! Datang!," sejujurnya dari luar ketika Oya berlari lagi Oya dah nampak ibubapa Oya senyum nampak gigi. EHEHEHEH, mata tajam katakannn. Masuk-masuk lepas dah salam apa semua, kami bergerak ke kafeteria, kemudian, ibubapa Oya balik.
Oya kena bersyukur ibubapa datang walau tak selama mana, asalkan mereka selamat. Daripada ibubapa kawan-kawan Oya yang lain, tak selalu datang pun. Lepas tu, Oya mandi, lepas mandi, oya datang bilik Baiti main kepala kotak. Lepastu, Oya pergi solat maghrib di Dewan Serbaguna. Selepas habis kesemua aktiviti pada malam itu, Oya pergi ke Dewan Makan untuk minum malam. Malam ni, Kedah lawan Ganu untuk bola. Oya nak tengok!!! Sebelum Oya keluar, Oya nampak skor ketika itu, Ganu 2 - 0 Kedah. Apa ni, kedah pulun kedah !! Jangan kalah dengan Ganu! Kedah !!!! Hang pulun lagi Kedah !! Kemudian, masa Oya, Baiti, Nyak dan Mz dalam perjalanan balik. Nyak berhenti, cakap dengan Lan Exco Welcome, Oya tak tahu apa-apa, jadi, dari duduk tercegat kat situ, baik Oya jalan dulu. Perlahan-lahan, nanti Nyak cakap Oya tinggal dia. [Tinggal pun apa salahnya kan].
Lepastu, masa sampai simpang nak pisah Blok A dan Blok B, Mz tarik tangan Baiti yang sedang memegang tangan Oya. Oya nak jatuh, nasib baik takde longkang. Mz sasa gila, tarik kuat. Apakan daya Oya. [Guna bila perlu je]. Lepastu, Oya tarik kami ke Dewan Serbaguna. Katanya hendak main badminton, oklah, tapi tengok mereka tak habis lipat sejadah lagi. Jadi, Oya dan Baiti balik diikuti Mz. Mz minta untuk teman dia tunggu Nyak, sementara tengah tunggu tu, kami duduk ditengah-tengah laluan masuk kompaun perempuan. Kami bergurau senda sekejap disitu, tiba-tiba Mz menyuruh Oya pandang belakang. Ternampak kelibat merah, sekilas pandang, tengok macam jembalang, tengok balik, Laaaaa... Ada lelaki rupanya, terus Oya lari sorok kaki, Oya tak pakai stokin lagi ketika itu. EHEHEHHEHEHEHHEHEHEHHEHE, kunci tak bawak.
Kemudian, Oya dan Baiti bergerak ke bilik setelah melihat kelibat Nyak datang. Kami masuk ke bilik Oya, sebab? Oya ajak tengok movie. Sudah lama, kami tak tengok movie bersama? Ni baru kali ke-3. Oya ajak tengok Boss Baby. COMEL GILAAAAAA!!!! AWAL GADUH, LAST-LAST SAYANG JUGAK! AWWWWW!!
Samapi pukul 12:35 pagi kot habis, kami bukak pintu luas-luas nak kasi angin masuk. Kemudian, kami mengemas segala makanan yang sudah ghaib ke dalam perut. Kemudian, Oya pun tidur <3 Selamat Pagi rakan rakan <3
Comments
Post a Comment