JURNAL HARIAN (13/4/2017)


Assalamualaikum,
Haihaihai semuaaaaa ! ! !
Pada pagi ini, Oya bangun pukul 6:30 pagi, tapi Oya fikir awal lagi, jadi Oya pergi tidur balik. HAAAAAAAAAALAAAAAAAAAAAHAAAAAAAAI.....
Pastu, Oya bangun pukul 7:30 pagi.. Uyooo,Uyooo awalnya Oya Uyooo!!!!
Oya pergi la mandi lepastu pi siap then pergi Dewan Serbaguna untuk perhimpunan pagi. Oya dapat barisan belakanglah lagi, dah nasib la kena ambil nama.. Pertama kalinya kena ambil nama dalam sejarah hidup ni!! Hidup Tau!! Kena ambil nama !! Aduuuyaiii..
Lepas tu, Oya pergi kelas pendidikan agama islam, kelas kali ini, War yang kena bentang tajuk dia. Oya sukarela nak jadi tukang tekan butang seterusnya kat laptop dia, ada satu bahagian tu, dimana sepatutnya Oya kena tekan butang seterusnya, tapi Oya termamai pulakk... Memikirkan kes kena ambil nama lepastu ter'throw back' kejadian Oya pergi tidur balik. Alamak, malunya depan kelas. Oya cepat-cepat tekan butang tu lepastu rakan sekelas Oya terus buat macam takde pape. Nasib baik ada rakan sekelas baik seperti mereka. Lepas kelas agama, kami pergi Makmal Bahasa untuk kelas Bahasa Melayu. Cikgu Mior memberi kami tugasan dimana kami perlu membuat karangan memorandum kepada Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald John Trump. Selepas kelas Bahasa Melayu, kami pergi ke Bilik Gerakan Pelajar untuk menghadiri kelas falsafah. Akan tetapi, Dr Sakinah tidak hadir tepat pada masanya, kerana Doktor tiba ketika kelas sudah tamat dan sesetengah daripada kami sudah pun bergerak ke Dewan Makan untuk menikmati kesedapan air dan kuih untuk sesi minum pagi. Kemudian, kami ke kelas Bahasa Inggeris untuk menyambung membuat latihan yang diberikan. Madam Dee tidak sihat jadi Madam tinggalkan kami dan mengingatkan kami agar tidak membuat kecoh hingga mengganggu pelajar kelas lain. Selepas itu, kami bergerak ke Dewan Serbaguna dan kami bermain badminton bersama. Bermain bersama 13 orang pemain menggunakan dua gelanggang badminton yang kosong amat menggembirakan hati. Hamzah yang sebelum ni agak noob pun sedikit demi sedikit mempelajari teknik bermain. Alhamdulilah. Kemudian, kami pergi makan tengah hari bersama-sama. Selepas itu, kami rehat dibilik masing-masing. Pukul 2 petang, Oya bangun dari tidur, solat zohor lepastu Oya fikir nak tidur kejap, baru siapkan assignment, tetapi Oya tengok jadual ada kelas fizik. Sepantas kilat Oya pergi kejut Baiti lepas dah siap, punya lama duduk situ, Baiti tak nak bangun. Oya kena pergi kelas, jadi Oya tinggal Baiti dengan harapan yang tinggi untuk dia bangun. Lepas kelas fizik, Oya pergi Makmal Komputer. Selepas 1 jam pertama, Oya pusing kebelakang, Oya nampak seseorang terus Oya senyum lepastu Oya pusing depan balik. 15 minit seterusnya, Oya dah hilang motivasi nak buat kerja. Jadi, Oya ajak Qistina Sofiya main boxhead. Game tu ada di link ini [http://www.twoplayergames.org/Boxhead-2Play/238.html]
Lepas itu, Oya pergi ke Dewan Makan untuk minum petang. Oya namapak Mz, kebetulan Oya tengah pergi seorang diri, jadi Oya pun duduklah dengan Mz. Lepas minum petang, Oya naik bilik Baiti. Oya marah dia, lepastu Oya tidur sebelah dia sampai pukul 7 malam. Niat nak pergi makan malam, tapi tadi dah ter'marah' Baiti pulak, tak sampai hati laa... Biarlah, Oya lapar dia pun lapar. Lepastu, Oya kejut Baiti nak solat maghrib lagi 30 minit. Dalam perjalanan nak balik bilik, Oya terserempak dengan monyet, Oya tengok dia jalan lambat, terus Oya pecut masuk bilik lepastu Oya pergi hempas pintu kuat-kuat. Afeena buat der je, tengok Oya dah tercungap-cungap kat atas katil. [Oya lompat]. Lepastu, bila monyet dah takde, Oya pergi mandi. Lepastu pergi solat maghrib, lepastu pergi prep. Lepas prep, solat isyak, lepas solat isyak pergi supper, lepas supper, Oya susun buku, gosok baju, lepastu Oya tidur. Paipai pembaca sekalian. Selamat Malam !! πŸ™†πŸ˜πŸ±πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜‰πŸ˜ΌπŸ˜ΊπŸ™†πŸ™†πŸ™†πŸ˜ΈπŸ˜‚

Comments