JURNAL HARIAN (30/3/2017)

HARI SUKAN

Assalamualaikum,
hai semua. Pagi ni saya pergi ke stadium seawal jam 8.00 pagi untuk menghadiri sesi zumba yang diketuai oleh pelajar asasi. Sesampainya saya dan Zhi disana. Kami mengambil tempat duduk dikawasan pelajar Emerald. Zumba bermula dan kini kami berada dibahagian tengah ketika melakukan aktiviti ini. Selepas zumba, pelbagai aktiviti balapan diadakan dan saya dan Zhi hanya mampu menyokong dari jauh dan menyumbangkan tenaga sedikit untuk hiasan khemah. Sejujurnya, Emerald tak banyak mengetuai acara balapan kerana kami kekurang atlet balapan. Khemah kami hias dengan tema ala-ala dalam hutan dan terdapat sebuah kotak yang dijadikan golemn mini oleh Adib. Comel sangat golemn tu. Dari pagi, diseret ke tengah hari. Saya dan Zhi bergerak ke Dewan Makan demi menikmati   makan tengah hari yang sedap selepas beberapa jam bergerak. Kemudian, kami balik ke bilik dan sambung tidur. Azan zohor mengejutkan saya dan Afeena bangun untuk solat. Selesai solat, kami sambung tidur kembali hingga pukul 2.30 petang. Afeena dah keluar tatkala saya masih terkial-kial menyarungkan tudung. Zhi sudah tunggu di astaka di stadium ketika aku tiba. Pada petang ini, saya dan Zhi melakukan aktiviti seperti pagi tadi dimana, kami bergerak ke khemah, kemudian ke astaka, ke khemah kembali ke astaka. Berulang-ulang sahaja. Sampai satu masa, ahli kawad diminta untuk berkumpul dibahagian khemah ketika matahari sedang meluncur jatuh. Kami berkumpul dibelakang khemah, hujan rintik-rintik turun ke bumi menyapa dahi yang panas menghadap matahari. Kami diminta untuk berkumpul pada pukul 7:45 malam untuk mempersiapkan khemah. Sesampai sahaja aku di bilik, terus dicapainya tudung hijau lumut yang diberi bersama beberapa kelengkapan mandian dan terus menuju ke bilik mandi. Aku terpaksa turun sedikit lambat, kerana kesesakan tempat menggosok baju. Macam menyesal pulak tak gosok tudung awal-awal. Sampai sahaja di belakang khemah, aku diarahkan untuk dipakaikan sedikit makeup dimana bahagian inilah yang agak menjengkelkan kerana aku tidak sukakan makeup. Selepas dipakaikan makeup, aku terus pergi ke bahagian baju dan memakai apa yang diberikan di bahagian luar. Susah juga, sesampai sahaja ketika kawad. Aku terus menjerit sekuat yang mampu untuk mencapai tempat pertama. Kawad Emerald disertai dengan Hakka yang diperkenalkan oleh Shamil Level 1. Sebelum ni aku tak tahu pun Hakka tu apa kalau dia tak bagitahu. Hakka Emerald lah yang paling baik sekali aku pernah tengok seumur hidup aku setakat ni. Seronok juga tengok orang buat Hakka, rasa macam pahlawan nak pergi melawan naga atau apa-apa raksasa. Selesai kawad, acara balapan pun bermula, oh ya, pada malam ini pelajar dari KPI, ASASIpintar dan kolej lain pun datang. Tiba masa pengumuman pemenang tempat. Nombor empat, ex-house aku, Topaz. Memang tak boleh apabila mereka membuat sorak pahlawanku. Nombor tiga, Ruby. House rakan baikku. Juara, dapat kami sangkakan, Sapphire. Aku bersyukur dapat tempat kedua walaupun ada sedikit khabar angin yang entah betul ke tidak. At least, kami semua berseronok pada malam ini. Tiba masa bergambar, hahahaha. Akhirnya aku dapat berjumpa kentang-kentang tercinta. Ada yang dah kena panggang dan ada yang masih belum, selamat. Hahahaha, kesayangan pun ada. Kami bergambar dengan jayanya menggayakan "Joyah Fans" yang disukai kentang. Aku balik awal, 'penat', XOXO.

[MEMORI]

 -FRENCHIES-

 -FRIED-

 -LEVEL-

 -NAIS HIJAU-

-2ND EMERALD-

Comments