JURNAL HARIAN (3/4/2017)
HARI PERTAMA SEKOLAH SELEPAS 1 MINGGU BERSUKAN
Assalamualaikum,
pagi ini aku mulakan dengan solat subuh. Kemudian, aku ngantuk dan aku sambung tidur.
Kemudian. dimulakan dengan jeritan *high pitch. Aku terlewat, aku bergerak menuju ke bilik menggosok dan menggosok uniform ini secepat yang mungkin. Pedulikan monyet yang sedang mengegarkan rumah sampah dibawah sana, aku sudah terlewat. Kemudian, dicapainya alat mandian dan aku bergegas ke bilik mandi.
Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi dan aku masih berada dbilik. Hatiku menjerit-jerit memarahi diriku yang bangun lewat. Ketika aku tiba di Dewan Serbaguna, masih ada yang lambat-lambat lagi. Aku pelik, aku bertanya kepada diriku sendiri. "Hari ini hari apa?", soalan ku terjawab sebaik sahaja aku melihat di atas pentas penuh dengan kerusi. Hampir separuh mati aku ingatkan aku terlewat unuk perhimpunan pagi dan aku diambil nama. Pelik betul.
Sesi pembelajaran berjalan dengan begitu smooth sekali. Hari Isnin menjadi hari kegemaran aku kerana tiada subjek teras. Aku gembira, ak boleh lambat-lambat berjalan ke kelas. Pada petang ini, aku habiskan masa dengan badminton. Bersama rakan-rakanku lagi. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah, entah kenapa aku dapat melepaskan stress belajar dengan begitu mudah. Hanya menggunakan bulu dan kayu serta tali. Kalau ada sesiapa yang membaca, semoga anda berjaya menghalang stress daripada menguasai diri anda. Dikhuatiri apabila perkara sedemikian berlaku, anda akan dibenci ramai.
Prep malam ini, kecoh. Esok harijadi Baiti. Aku perlu membawanya keluar dari kelas sementara kesemua pelajar asas 2 membuat ucapan untuknya dan dimasukkan kedalam sebuah jar. Idea ini daripada Nyak Nur Athirah. Aku sudah kehabisan idea memberi alasan kepada Baiti untuk terus berada di luar kelas. Kemudian, aku mengalah dan kami berdua masuk ke dalam kelas. Situasi kelas seperti nak cover je sebab Baiti masuk tiba-tiba. Aku cepat-cepat menarik minatnya ke tempat lain, takut idea ini terkantoi. Sampai ke sudah, kami berdua tidak buat kerja.
Sampai kat bilik lepas supper, aku masuk bilik dia pada pukul 12:00 malam dan memberinya jar tersebut. Dengan gembiranya kami celebrate bersama dan dia berkata bahawa dia tak sedar pun yang kami tengah buat wish tu ketika dia masih berada di dalam kelas. Haish, Baitii Baitii. Kemudian, aku balik ke bilik, dan tidur.
Sampai kat bilik lepas supper, aku masuk bilik dia pada pukul 12:00 malam dan memberinya jar tersebut. Dengan gembiranya kami celebrate bersama dan dia berkata bahawa dia tak sedar pun yang kami tengah buat wish tu ketika dia masih berada di dalam kelas. Haish, Baitii Baitii. Kemudian, aku balik ke bilik, dan tidur.
Comments
Post a Comment