JURNAL HARIAN (17/4/2017)
KAU TAK KESEORANGAN
Assalamualaikum,
Hai, pada pagi ini Oya bangun pukul 7:10 pagi. Oya pergi bersiap. Pukul 7:45 pagi, Oya pergi bilik Baiti. Pukul 7:50 pagi, kami sudah berada di Dewan Serbaguna. Pagi ini, Oya pergi kelas Research, Sir Kz takde jadi kami sekelas pergi ke pusat sumber. Kami menghabiskan satu masa membaca buku. Kemudian, kami bergerak ke kelas Pendidikan Agama Islam. Hari ini, Jufry yang bentang tajuk 'Ajaran Sesat.'
Kemudian, kami bergerak ke Dewan Makan untuk menikmati kuih dan air seperti biasa. Kemudian, Oya bergerak ke makmal komputer kolej, manakala rakan sekelas Oya pergi prep kat kelas. Masa Oya jalan kat korridor nak bukak pintu makmal tu. Oya nyanyi kuat-kuat, bila bukak, Oya tengok makmal itu penuh dengan lelaki level 1. Malu sangat, Oya tutup pintu perlahan-lahan, nasib baik ketika itu tiada siapa pun perasan Oya buka pintu. Maka, Oya pun kembali ke kelas prep rakan-rakan Oya.
Tidak lama kemudian, Oya terpaksa berpisah dengan rakan sekelas Oya. Budak seni persembahan diminta untuk berkumpul di foyer Auditorium. Oya dan kawan Oya pun pergi. Sampai-sampai nampak Mr. Kam. Allah, Bala ke apa ni ? Terdetik di hati Oya buat seketika waktu. Mr. Kam menyuruh kami berlatih untuk persembahan di hari Future Scientist Conference (FSC) yang bakal berlangsung padal bulan 9 nanti. Kami berlatih dengan lagu [Alone-Alan Walker]. Seronok, kami berlatih di tempat orang ternama di bahagian atas Auditorium.
Ketika kami hendak ke Dewan Makan, kami cuba untuk menaiki lif disitu. Oya tak jadi masuk, sebab Oya takut dia turun tingkat bawah sekali. Dah la gelap. Masa Oya masuk lif tu, Mz pegi tekan butang '0', sepatutnya butang '1'. Bijak Mz 😖😩😞 Oya sorang saja yang perasan masa tu, jadi sebelum Oya keluar lif, Oya pergi tekan butang '1'. Bila Oya dan rakan lain tiba dihadapan lif dengan menggunakan tangga, mereka turun. Orang yang ada dalam lif tu ialah Mz, Zhi dan Baiti. Ketika lif tu hampir sampai, lif tu seakan-akan tidak turun ke tingkat 1, malah akan terus turun ke bawah. Maka, mereka didalam dan diluar lif itu pun menjerit sekuat-kuatnya.
'WEI! MAMPUS AAAA!!!!, ASSAL DIA TAK BERHENTI DOOO!!'
'WEI KORANG TEKAN BUTANG KEATAS CEPAT WEEEEH!!! '
'ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!! KAWAN AKU YA ALLAH !!'
Itulah salah satu ayat yang disebut oleh kami semua. Yang diluar, terdiri daripada Erein, Emma, Farah, Oya, Diana dan Wardina. Serta - merta lif itu berhenti di tingkat 1. Lantas itu, pintu lif itu terbuka dan semua orang menjerit kegembiraan.
'ALLAH!! ALHAMDULILAH!! SELAMATLAH!!!'
'OH SHI* NASIB BAIK DOO!! AKU INGAT DIA SKIP TINGKAT SATU DOO!!'
'TULAH!! WEI!! TADI GELAP GILA! KITORANG TAK NAMPAK APA-APA PUN!!
DALAM LIF TADI KITORANG MENJERIT JE MEMANJANG!!'
Ini salah satu memori yang tak akan kami lupakan. Ini kerana, apabila orang lain naik lif itu, biasa je, tetapi, bila kentang naik lif itu. Menjerit sampai mati!!!. Blog ini takkan Oya padam. Ada kenangan boek kat sini. Sampai ke Dewan Makan kami tidak berhenti bercakap tentang kejadian itu. Memang seronok gila! Serius tak tipu!
Kemudian, Oya balik bilik tidur. Nak kumpul tenaga untuk kelas petang ini. Oya bangun pukul 2 petang, pada mulanya Oya ingat nak pecut tapi terdetik pula di hati Oya untuk baca mesej kat whatsapp dulu. Alhamdulillah kelas diadakan pada pukul 3. Oya pergi dengan Saffa ke kelas bahasa perancis. Selepas kelas, kami ke Dewan Makan untuk minum petang. Nyak ajak Oya main piano dekat situ. Nyak ajar Oya main lagu 'Let It Go'. Oya berjaya, HOREY!
Kemudian, pada pukul 5 petang, Oya dan Mz pergi main badminton di Dewan Serbaguna. Sampai puku; 6:10 petang, kami bersiar-siar di sekitar Permata. Menikmati alam ciptaan tuhan Sekitar puku; 6:20 petang, kami ke Dewan Makan untuk makan malam. Kemudian, kami pusing lagi untuk kali terakhir buat hari ini. Kemudian, kami balik ke bilik masing-masing dan bersiap untuk prep malam ini.
Oya sampai Dewan Serbaguna tepat masanya mereka menyampaikan tazkirah ringkas. Oya cari Baiti tak jumpa, jadi Oya tunggu Nyak. Oya dan Nyak pergi ke kelas prep bersama. Mz mengajak Oya cari Baiti sebab Baiti jalan lembap. HAHAHAHAHAHAHAHA, TAK BAITI AKU GURAU AJE! Selepas itu, kami ke Dewan Serbaguna untuk solat isyak. Pukul 10 malam, ada rollcall. Takde mood pula nak cerita pasal rollcall, kemudian, Oya dan rakan-rakan pergi minum malam. Selepas itu, Oya balik bilik, sediakan persiapan untuk esok dan tidur. Selamat Malam Pembaca Kesayangan 👄💗💘💖💓💝💚💛💚
EMERALD is the Outfit, TOPAZ is the Most Precious Heart.
Comments
Post a Comment