JURNAL HARIAN (16/4/2017)

HARI MAKANAN SEPERMATA

Assalamualaikum,
HAIHAIHAIHAIHAI,
Pada pagi ini Oya bangun pukul 6:30 pagi. Anisah kejut Oya, Terima Kasih Anisah. Saaayaaang Anisah. Kemudian, Oya pergi Subuh, dekat dalam bilikla, lepastu, Anisah datang tanya nak sarapan tak? Oya jawabla nak sebab Oya dah lama tak pergi sarapan dekat Dewan Makan. Dekat pukul 7:05 pagi macam tu, Oya siap pergi jumpa Anisah. Oya cari tudung Oya, rupa-rupanya dekat bilik Baiti. Nasib baik bilik Baiti depan bilik Anisah, senang sikit nak keluar. Oya masuk bilik Baiti, tanya Baiti nak sarapan tak, Baiti tak nak, ni mesti kes tengah mamai lagi. Jadi, Oya dan Anisah pun bergerak ke Dewan Makan. Pagi ini, makan Mihun. Sedap, sambil tu Oya dan Anisah tengok tv.
          Selepas itu, bila dah sampai kat bilik. Oya buat assignment, lepastu, Oya pergi tengok Baiti dekat bilik. Baiti dengan air liur meleleh still bangun selepas dikejut buat sementara waktu menunggu. Oya pergi balik bilik, siapkan kerja. Oya tidur, bangun tidur, Oya basuh baju. Kemudian, Oya pergi gantung baju yang dah dibasuh. Tidak lama selepas itu, Oya tidur balik sampai pukul 11:30 tengah hari. Kemudian, Oya ajak Baiti pergi makan tengah hari. Oya minta Baiti kejut Oya sebab Oya ngantuk sangat. 
           Oya bangun dekat pukul 12:30 tengah hari, tepat pada masa kami nak turun makan. Baiti dah siap, maka, Oya pun menyuruh Una tunggu diluar sementara Oya tengah bersiap pakai tudung semua. Di samping itu, kami menuju ke arah Dewan Makan. Selepas makan tengah hari, kami berehat di surau aspuri setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki dan belajar disitu sejak beberapa bulan yang lepas iaitu pada tahun lepas.
           Itu sahaja yang berlaku pada hari ini. Selain juf kasi satu batch spageti dan Oya dapat banyak makanan hari ini. Alhamdulilah wa syukur lillah. HAHAHA.

Comments