JURNAL HARIAN (18/4/2017)

BANYAK ASSIGNMENT

Assalamualaikum, 
HAIHAIHAIHAIHAIHAIHAIHAI !!!
Pagi ini Oya bangun pukul 7:15 pagi. Oya bersiap-siap ke Dewan Serbaguna. Sempat juga nak jenguk Baiti sebelum kami bergerak bersama. Oya pakai baju hijau, dalam 'group whatsapp' mereka kata pakai 'all black' tapi Oya takde baju hitam. Jadi, Oya pakailah baju yang paling gelap Oya ada iaitu hijau. [EMERALD] 
      Kemudian, kelas dimulakan dengan subjek kimia. Cikgu Mohd Nor datang lambat, jadi yang ganti dia sekejap ialah Mr Wong. Kami belajar ratio. Kemudian, kelas matematik. Kami diberi tugasan untuk menyiapkan satu graph untuk belajar koordinat. Sejujurnya saya suka cara ini. Kami bermain dalam masa yang sama kami belajar. Seronok. Inilah permata yang asli.
     Tidak sempat menyiapkannya kerana masa habis. Selepas minum pagi, kami prep di kelas sejarah lagi. Kemudian, kami ke kelas Bahasa Melyu di Makmal Bahasa. Cikgu Mior 'check' blog Oya tadi. Oya nak masukkan gambar, tapi tak sempat. Jadi blog ini nampak kosong kerana ianya penuh hanya dengan tulisan sahaja. Bosan kan?
    Kemudian, kami ke kelas Bahasa Inggeris di Makmal Komputer Asasi. Kami diberi masa rehat kerana Madam Dee mendapat aura negatif kali pertama Miejah menjejakkan kaki ke dalam makmal tersebut. [Rasanya setiap kali kelas dengan Madam Dee, Miejah yang kena masuk dulu kot] HHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA. 
    Kemudian, kami menikmati makan tengah hari di Dewan Makan. Petang ni Oya bangun pukul 3:15 petang. Oya takut nak pergi kelas kimia sebab takut nak berhadapan dengan Mr Wong. Hahaha, somehow Oya rasa Oya seorang sahaja yang takut dengan semua cikgu Meliwar. Mereka nampak macam CIKGU bukannya INSTRUKTOR  dan mereka suka MENGARAH bukannya MENUNJUK ke jalan yang kami perlu lalu SEORANG DIRI bukannya DITEMANI.
   Oya hanya pergi kelas Biologi sahaja petang ini. Oya, Qis, Mz dan Nyak pergi Dewan Makan dekat pukul 5:20 petang. Air dah takde, koop bukak. Tetapi kami takut hendak masuk, takut dia bukak bukan untuk menjual. Kemudian, Oya tunggu sampai pukul 6.00 petang kat bilik. Kemudian, Oya dan Baiti pergi makan malam. Selepas makan malam, kami pusing permata satu pusingan. Kemudian kami prep. Selepas prep, Oya balik bilik, siapkan kerja matematik sampai pukul 1 lebih. Kemudian, mestilah Oya tidur. CIACIACIAICIACIAICIAICIA. Gudnite. 

Comments