JURNAL HARIAN (12/4/2017)

Bulan Sabit Merah Malaysia

Assalamualaikum,
Pagi ini Oya bangun pukul 7:00 pagi. Oya lambat. Oya pergi tidur balik, Olooo... Oya sepatutnya pakai baju kurung coklat, tapi Oya tak sempat gosok semalam sebab Oya ngantuk sangat. Jadi, Oya terpaksa pakai baju kurung warna merah jambu. 😞
           Oya sedihla, kalau Oya gosok semalam, dapat match dengan Baiti yang pakai baju warna coklat hari ini. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Oya pergi perhimpunan dengan Baiti la macam biasa. Oya duduk depan kali ini. Dapat nampak orang yang sedang bagi ucapan. Oya dengar semua ucapan pagi ini. Alhamdulilah, Alhamdulilah. 😊😌
           Lepastu, Oya pergi kelas prep, sebab Madam Dee tak dapat hadir pagi ini, jadi 40 minit yang pertama, Oya buat kerja, 40 minit kedua, Oya tidur. Ngantuklah, Oya buat kerja research semalam. Lepastu, Oya balik bilik, ulangkaji kejap sampai pukul 12:00 tengah malam. Lepas kelas ni, kelas matematik pulak takde cikgu. Cikgu Shamim ada mesyuarat, jadi Oya tidur 20 minit pertama, 20 minit kedua, Oya main boxhead dengan Mzzzz!!! 😄😉😋
           Lepastu, Oya pergi minum pagi dengan Babunsszz, kami hambar sikit pagi ini, Miejah takde.. Rasa tak berapi macam sebelum ini. Oya sayang Miejah. Lepas minum pagi, Oya pergi kelas Sejarah yang diadakan di makmal komputer asasipintar. Cikgu Zaza memperkenalkan satu website yang Oya tak pernah dengar lagi sebelum ini. Ni link laman itu. [http://arenasejarah.com/ ] Seronok, sepatutnya kelas macam inilah yang patut dilakukan. Oya segar masa kelas Sejarah. Oya dan rakan sekelas kena buat kuiz Sejarah. Oya dapat 8/10 ! Terkejutnya! Lepastu, Cikgu beri kebenaran untuk main permainan dilaman itu. Tapi, yang paling seronok, Cikgu Zaza pun main sekali. Permainan itu di link ini. [http://arenasejarah.com/index.php/games/leap-foggies ] 😀😃😊😏
         5 minit kemudian, Cikgu Zaza memberi kami nota dan kami menutup segala permainan yang sedang dimainkan ketika itu. Cikgu Zaza menerangkan tentang nota tersebut. Cikgu menyuruh kami mengulangkaji kerana peperiksaan semakin hampir. Entah mengapa tahun ini, peperiksaan cepat sangat. Oya dah tak tahu macam mana nak ambil masa, memang jadual Oya penuh. Lepas kelas Sejarah, kami ke perpustakaan kerana Puan Jamaliah sibuk jadi cikgu suruh kami mengulangkaji di perpustakaan. Lepas kelas jati diri, prep lagi. Jadi kami prep di perpustakaan sahaja. Kemudian, Oya pergi tolong Cikgu Alin angkat poster, bawa pergi Blok Pensyarah.  Lepastu, Oya pergi makan tengah hari. 🎩
        Petang ini, Oya pergi perjumpaan Bsmm. Oya belajar macam mana nak ikat kain anduh. Macam tahun lepas, tapi Oya lagi pro. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH.
Oya seronok masa belajar ikat kain ini. Lepastu, Oya pergi kelab irama tradisional. Oya belajar main gambus. Dengar cerita orang yang akan ajar Oya main gambus ni level 1. Kak Mastura pun pilih nak belajar main gambus. Gambus best sangat, Oya suka dengar alunan muzik gambus ni. Sangatlah tenang. Lepastu, Oya pergi perjumpaan Statesman kejap. Lepastu, Oya pergi makan malam dengan Mai, War, Nurin Qistina. Lepas habis makan malam, Oya pergi prep. Time prep, Oya bincang perkara. Ice-Breaking untuk Foundation 1. 😉
       Balik prep, Oya pergi minum malam. Lepastu, Oya balik bilik. Oya kemas bilik, Oya ulangkaji kejap. Dah lights off, Oya tidur. Baibai. 💝💖💗👋

Comments