JURNAL HARIAN (31/3/2017 - 2/4/2017)
Cuti-Cuti Permata
Assalamualaikum,
Hai semua, sepanjang hari cuti ini aku bangun sekitar pukul 10:00-11:45 pagi. Aku malas hendak bergerak ke bilik mandi pada hari pertama cuti iaitu pada 31/2/2017. Pada hari ini aku mandi pada pukul 3:00 petang. Aku mempunyai banyak masa lapang dan aku sedih kerana aku menghabiskan masa itu dengan tidur. Aku hanya bergerak disekitar kawasan asrama dan di Dewan Makan sahaja.
Itupun apabila aku rasa lapar dan perlukan makanan untuk mengisi perut yang kosong ini. Aku ngantuk. Pada hari akhir cuti iaitu pada 2/4/2017, aku dan rakan badmintonku yang terdiri daripada Baiti, Nyak dan Mz pergi ke Dewan Serbaguna setelah sekian lama tidak melepak bersama member-member tercinta. Tidak sampai 2 jam kami bermain, kami disertai dengan Komari, Mai dan Miejah. Kami bertujuh bermain bersama-sama di satu gelanggang yang lengkap. Perkara mengejutkanku apabila Hamiezah a.k.a Miejah memukul bulu tangkis itu dengan padu sekali. Itu yang paling mengejutkan aku. Pada petang itu, kami menggelarnya "Akak Padu" kerana pukulannya yang tidak pernah tidak padu. Malam itu, aku tidur dibilik dengan aman sekali. Tak aman sebenarnya kerana aku tidak gosok baju lagi tapi tidak mengapalah, uniform ini boleh digosok esok. Syaratnya, bangunlah awal, kan?
Comments
Post a Comment