JURNAL HARIAN (23/4/2017)

HARI TERAKHIR DI KEM SRI RAUHDAH

Assalamualaikum,
haihaihai rakan-rakan kesayangan.
Pada pagi ini Oya bangun pukul 5:15 pagi. Nasib baik Oya sempat siap nak subuh. Lepas subuh macam biasa Oya dan rakan-rakan pergi mamam. Lepas mamam kami semua berkumpul di dataran nak bersenamrobik dengan Abang Boy lagiii. HOOOOREYYY
Lagu dia semua macam semalam tapi ada tuka-tuka sedikit. Tak tahulah tajuk lagu tu lagu apa. Tapi yang pasti lagu darah muda tu still ada. Seronok ! Tapi, kami kena siapkan logo. Ketua ambik kertas kajang untuk tulis segala luahan kami dekat atas kertas tu untuk setiap kumpulan. Oya dan kumpulan pun pergilah ke Dewan Ketat sambil menunggu ketua. Bila ketua sampai, separuh dari kami siapkan logo, separuh lagi buat cheers. Ketua bagi cadangan, 'nak buat cheers macam ni, "Tolong ! Tolong ! Ada serigala disini ! Tolohohong!! Tolong!! Selamatkan kami disini!!" untuk perempuan, lelaki "Hah, Serigala? Hah, Serigala? Mana? Mana? Mari kita toloong!" eh, eh,  buat elok-elok tau'. Lepastu dia gelak, kemudian, setelah menulis semua yang terbuku di hati pada kertas kajang tersebut, hah logo pun dah siap, kami pun berbaris di dataran. Apabila laporan telah dibuat, kami duduk. Selepas habis membentangkan cheers, logo keseluruhan kumpulan. Abang Boy mengajak kami ramai-ramai membentangkan lagu Darah Muda. Ketika lagu itu baru sekerat jalan, Kem Kom datang tutup lagu tu lepastu Abang Boy pergi belakang Kem Kom. Ish Kem Kom ni, kacaulah waktu orang tk buat pape, ni nak kacau masa tengah happy. Kemudian, dia marah kami kata kami yang hina sekolah sendiri. Oya terkilan, Oya benci orang yang tulis tu even though Oya tahu kumpulan Oya yang buat. Oya tengok dia marah gila pastu dia kata ni sekolah paling lembap. Paling PONDAN. Aduii.. Sakitnya hati.. Kemudian, dia cakap dia nak balik, dia balik bilik dia dia ambil beg terus keluar. Yang peliknya, kenapa sekejap sangat dia kemas beg? Baru Oya sedar ni semua COBAAN sahaja. Kemudian, Oya tahu semua budak permata dah syak pasal benda ni. Sebetulnya kalau benda ni betul, dah lama kami stop Kem Kom. Tapi, sebab dah syak pasal benda ni lah kitorang tak gerak. Last-last, atas permintaan Abang Boy, Maka, kami pun kena pujuk jugak.. Last-last, masa tengah kepung Kem Kom, Kem Kom tu gelak. Kantoi aa, kantoi. Kemudian, kami dapat confession dari Kem Kom bahawa semua yang dia marah apa semua tu hanya lakonan. Bapak menjadi, tabiklah Kem Kom. Kemudian, Kem Kom senyum.. COMEL NAK MATI WEH! Kemudian, ada yang menangis semasa sesi salam bersalaman. Kemudian, kami semua nari lagu Darah Muda. Kem Kom pun sama. Darah Muda dengan Ziriguidum. Best!! Kemudian, Oya tengok ketua tak have fun pun.. Sakit tangan kot.. Lantaklah, puas Oya fikir pasal dia sampai Oya have fun sikit je. Oya tak nak overthink lagi. Oya benci diri Oya sebab selalu overthink. Biarlah dia, dia nak hidup jugak. Last-last, Oya dah tak nak tahu dah, Oya nak menari je, nikmati saat-saat macam ni. Kemudian, kami kemas barang, sepatutnya mamam tapi tak sempat sebab bas dah sampai. Kemudian, Oya duduk seat sorang sebab seat dah tak cukup. Sampai kpp dah petang, Oya balik bilik dulu, Afeena belum balik. Kemudian, Oya menggila dalam bilik. Kemudian, Oya makan malam. Kemudian, maghrib, prep, tidur. Seronok.. Oya rindu ketua jadi ketua, Kem Kom, Komander Hutan dan paling tak boleh dilupakan Abang Boy... Kem Sri Rauhdah!! Dalam Kenangan !! 

Comments

Post a Comment